Diam tak diam dah dekat seminggu dah di tahun baru. Dania pun dari sekolah petang dah naik sekolah pagi. Elok relaks-relaks di waktu pagi dah kena hantar Dania pula ke sekolah. Hari kedua barulah suami ikut hantar ke sekolah sebab senang lepas tu kami berdua breakfast dulu sebelum tu dan balik ke rumah pulak. Then, saya akan keluar balik. Ke mana eh?
Saya akan ke Taman tasik berdekatan rumah untuk senaman. Setiap hari akan ada zumba free kat Taman ni. Start jam 8.30 pagi selama sejam. Saya join 1/2 jam sebab tak nak force pulak sebab baru2 join. Selama ni pusing taman je. 1/2 jam pun bila malam lenguh2 badan jugak. Hehe....
Macam-macam lagu la dari lagu melayu, cina, arab, lagu inggeris, lagu K Pop. Kalau lagu slow tu ok juga la sebab movement pelan-pelan. Ce cuba lagu K Pop yang laju2 tu. Ha pancit oh....tapi ada je pakcik makcik yang zumba dengan semangat yang waja. Hehe. Saya 1/2 jam dah stop.
Best juga Dania sekolah pagi ni. Boleh la kita ni ha buat aktiviti kita....
wah best tu keluarkan peluh and bakar lemak! :)
BalasPadamBetul....berpeluh juga....
Padamthe best part adalah..!! Zumba tu free waa manyak syiok. suka zumba. healthy in a fun way..
BalasPadamYes you are right....
PadamRajinnya zumba.. TB minat gak.. tapi asyik tertinggal step je.. hahaha
BalasPadamwah... lama aida x bersenam pepagi, ezna.
BalasPadamnow da start puasa ganti. maybe hingga februari kot.
sebab memula nak buat IF. better puasa ganti & puasa sunat jer lah.
then, baru nak start bersenam semula kat stadium :)
zumba. jogging.