Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, January 15

Jangan panik....stay calm

Ni kes yang berlaku pada Ahad baru ni. Masa tu kami sekeluarga baru lepas solat kat masjid subang jaya. Nak pergi ke Sunway Pyramid. Cadang nak ke Harvey Norman Sunway Pyramid tu la. Jalan kemain jam nak buat pusingan U kat depan tu. Kalau zoom boleh nampak papan tanda U-Turn kat depan tu. Belah kanan tu Sunway Pyramid la. Sekali....enjin kereta bergegar-gegar dan terus mati. Start start tak boleh. Apa lagi....hubby terpaksa jadi polis trafik la kat belakang kereta suruh kereta ke lane lagi satu. Dah la jalan tu jam ohhh....kereta kemain banyak. Hubby kata dah la hari sabtu kena jaga check point merentas desa sekolah Dania. Salah satu tugas jaga check point ni jaga trafik la kan. Hari ahad pun nak kena jaga trafik lagi 😝😝😝. Dah nasib badan...abang....

Ni muka saya yang teruk nampaknya....😅😅😅. Dania kat belakang sibuk cakap ummi jangan la panik. 


Bila telefon careline, dia suruh saya stay calm. Haihhh nak stay calm macamana lagi?. Panik ok....panik....bila try  start kereta balik, boleh pulak start jadi kami parking kereta berdekatan McDonald's Bandar Sunway. Kalau you alls familiar Mc'D ni, opposite ajer Sunway Pyramid ni. Lepas parking terus masuk Mc'D minum-minum dulu. Fuhhh lega sangat-sangat tak boleh digambarkan. Ko rasa?. Semua yang lalu tepi kereta kami dok tengok ajer. Ada yang senyum. Nak balas senyuman tu kelat je senyuman saya. Ada yang macam marah sebab tengok kereta kami tak bergerak. Hello....nak bergerak macamana?. Enjin mati tak boleh start. Saya rasa bersyukur juga jadi kat jalan yang jam sebabnya kereta akan bergerak dengan perlahan. Kalau kat highway tu mesti kereta bawak laju-laju kan?. Bersyukur juga bab ni kan....

Akhirnya datang la technician dari Bandar Utama. Ikutkan jam juga tu nak turun Bandar Sunway tapi dipermudahkan. Lega. Check punya check katanya alternator ok. Jangan tanya saya alternator tu apakah ia?. 😏😏😏. Katanya battery weak. Kena bawa ke service center kata uncle ni untuk diagnos secara menyeluruh. 


So, pagi Isnin call service center untuk bagitau masalah, service center suruh call careline untuk request towing truck. Tow truck ni dari Puchong. Kalau nak ke rumah saya ni jalan tak jam sangat. Ni uncle ni get ready untuk menaikkan kereta. 


Disebabkan tak pernah bawa kereta jenis ni jadi suami je yang naikkan kereta ke atas lori ni. Uncle ni suruh orang naik lori kat sebelah. Suami nak pergi kerja jadi saya je la yang pergi ke service center naik kereta lagi satu. 


Ni dah tiba service center. Jalan ke service center ni saya familiar sangat sebab terletak berdekatan kat area rumah saya dulu. In fact dekat giler dengan rumah sewa masa baru kahwin dulu. Tunggu lama juga dari jam 10 pagi sebelum giliran kereta saya. 


Okay, kereta dah mula nak masuk ke tempat servis untuk diagnos. 


Tunggu sampai jam 1 petang tak settle lagi saya decide untuk pergi makan tengahari kat Medan Selera Bandar Kinrara 5 dan lepas tu terus ke sekolah Dania pulak. 

Pukul 2 petang baru dapat call katanya pam dekat area minyak kereta tu problem. Kena tunggu barang dalam 2 minggu. In the mean time guna la kereta lagi satu. Nasib baik ada kereta lain. Kalau takde satu hal pula nak ambik hantar Dania ke sekolah kan?

Moral of the story : Sentiasa save nombor penting dalam phone. Kalau berlaku benda panik kita dah tahu nak phone siapa. Ni saya kalut-kalut baru nak cari nombor penting kat service book. Nasib baik saya bawa service book. Memang simpan dalam kereta. 

21 comments:

  1. Saya selalu save nombor penting tapi yang selalu terjadi masalah adalah dekat kawasan yang saya tak save nombor penting. Terutamanya kalau keluar jauh-jauh. Kalau setakat nombor yang berdekatan dengan kawasan rumah tu ada juga save.

    ReplyDelete
  2. syukur time kejadian tu dengan family kan.. kalo seorang diri lagi freak out rasanya. kita faham kenapa panic tu sebab dalam situasi macam tu memang kadang2 rasa tatau nak buat apa. CT pun jenis panic attack cemtu lagi2 kalo sorang. alhamdulillah dah okay..

    ReplyDelete
  3. simpang u-turn nak ke sunway piramid tu memang azab kalu weekend tambah lagi sekarang orang cina sibuk shopping nak raya bulan depan. nasib baik tak stuck lama kalu tak panik campur malu kena hon pengguna jalan lain. night mare kan

    ReplyDelete
  4. bahaya jugak kalau jadi cam ni kan, kita ni orang perempuan memang cepat panik, benda kecik pun nak panik sebab kita tak tau apa2 pun pasal enjin kereta kan. nasib baik masa kena tuh berdua kalau sorang cam ne ek hauhauahua... nangis kot

    ReplyDelete
  5. Allah. Malang memang tak berbau. Kita tak boleh nak jangka pon. Tapi apa pon jadi, pasti ada hikmahnya. Sis Sis mungkin boleh download MMOS apps, situ semua ada if anything happen. Selamat dan cepat. InshaAllah. Panik is normal tapi kena juga kita hadap. Lg² kita girl ni kan, mana ler kita tahu pasal kereta. Cuba tanya rempah ratus dekat dapur, itu teror ler. Hehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillh..tak jadi apa-apa pada sis.. Betul tuh...kita kena save no penting jugak untuk apa-apa emergency. Sebagai contoh download la aplikasi MMSOS. Kan dah mudah sekarang..hehe..

    ReplyDelete
  7. I have faced similar experiences and the worst part whenever these incidents happen, I will drive alone. But now I have learned how to handle these issues on my own. If at highway, I will call highway helpline and if at normal roads, i will call my car insurance helpline.

    ReplyDelete
  8. Bila benda macam ni jadi...orang perempuan macam kita pasti akan panic..itu memang sifat SA jugak tu..sebab tu orang perempuan antaranya kena banyak belajar tentang kereta...at least boleh elakkan masalah macam ni..kalau ada orang lain dalam keta takpe..buatnya sensorang tgh jammed confirm kena horn

    ReplyDelete
  9. Alamak.. Kalau la jadi dekat kita juga situasi macam tu, panic tu memang akan panic la. Mustahil tak rasa pape kan. Hehe
    Mujur la ada simpan no boleh dihubungi. Kita pun takde simpan no tel mekanik ke apa. Bahaya gak ni.

    ReplyDelete
  10. Depan Pyramid nak uturn tu mmg jem giler. Ofis saya dkt situ je. Mujur ada gk no nak dihubungikan. Kalau tak, lma gak la nak menunggu tu

    ReplyDelete
  11. Okey mulai dari hari ni kena start simpan nombor nombor penting. Bila jadi macam ni mudahkan kerja. Selalu tak ambil kisah sangat sebab suami yang uruskan .Bila dia outstation lama sangat memnag kena ambil thau dan save nombor yang penting lah kan

    ReplyDelete
  12. In times of emergency, it is important to have all the handy contacts available. Glad that everything turns out ok for you. I am sure I will panic too if I were in your place. LOL :D

    ReplyDelete
  13. Kalau jadi kat sis pun sure panic gila..mulalah kelam kabut call orang sana call orang sini. Dijauhkanlah kena macam ni. Tapi sis ada je simpan no yang boleh membantu kalau sis ada masalah lecemasan mcm ni

    ReplyDelete
  14. Mesti kompem2 panik gak la kalau saya ni... Saya oun biasa gak alternator tu jadi mcm tu. . Fuhhh cuakkkk gilaaa

    ReplyDelete
  15. Memang berguna untuk simpan nombor penting especially untuk kecemasan gini. Rawlins pun akan simpan nombor insurans kereta dalam kereta agar senang nak rujuk. Moga dipermudahkan semua ye

    ReplyDelete
  16. hahaha but it is a good lesson so if it happens again (touchwood) then you know what to do. i think it is always like that where we learnt from experience.

    ReplyDelete
  17. bila kereta rosak memang cuak kejap. Malu bila orang pandang lalu lalang..huhu..nasib ada mcd ye..tekka lega kejap..betul gak ye, save nombor penting kan..kalau berlaku kecemasan takdela cuak

    ReplyDelete
  18. kereta rosak satu hal, kalau kena accident orang langgar ke or kita langgar orang ke. benda first jangan gaduh or nervous. Just calm down and think what next plan. So far, onie tak pernah lagi kereta mati kat jalan raya. minta jauhla kan. Cuma pernah mati masa habis shopping then kereta takley start. Geram sebab bazir masa dah kat situ,haha

    ReplyDelete
  19. Well, I think almostevery women will also panic... Lolz
    However stay calm is the only Best way, panic will let things worry later then...

    ReplyDelete
  20. memang stress bila keta rosak..esp mcm i ni yg bergantung 100% pd my car

    ReplyDelete
  21. memang akan panik!
    dah le tgh jalan raya, kan :( hu hu hu...

    ReplyDelete