Pagi-pagi lagi pada 26 Januari 2019 dah kena keluar rumah sebelum 7.15 sebab Dania kena naik bas nak pergi seminar PT3 kat Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Ni dalam bas yang sangat selesa. Dania duduk dengan kawan baik dia Zalilah. Bagus juga seminar ni. Ibu ayah hantar kat sekolah je. Selebihnya bas yang bawa ke Universiti Malaya. Balik nanti pun just tunggu kat sekolah ajer.
Masa ni masih menunggu beberapa orang lagi. Bas katanya nak jalan jam 7.30 pagi. Ummi dan ayah penunggu setia sampai bas ni jalan. Ada 53 pelajar yang turut serta. 1 bas dan 1 van yang akan membawa mereka ke Universiti Malaya. Ada 4 subjek PT3, Bahasa Malaysia, Sejarah, Matematik dan Sains. Ada sarapan pagi dan makan tengahari disediakan selain transport pergi dan balik. Kena bayar RM150.
Lepas bas dah jalan, kami pun jalan. Kali ni ummi dan ayah pergi makan dekat D Bukit. Tau tak saje saya cakap dengan ayah Dania...ohh nak ikut bas Dania ye? Sebab apa? Bas Dania tu memang lalu depan D Bukit. 😄😄😄. Kat D Bukit tu saya order roti tampal dengan kuah daging kambing. Entah kenapa hari ni macam nak makan daging kambing. Udahnya banyak daging kambing tu pass kat orang sebelah je. 😜😜😜. Hubby order roti telur dengan kuah yang sama.
Ingatkan lepas breakfast nak pergi Taman Pertanian UPM sebab ada jualan hasil ladang...tak jadi pergi sebab jalan nak ke situ jam. Terus tukar lokasi ke One Utama pulak sebab hubby nak tengok launching Honor Watch Magic. Ok yang gambar bawah ni bukan yang Magic tu.
Ni namanya Honor band. Boleh check berapa kalori kita bakar ada tarikh dan jam lagi. Harga yang ni tak silap saya RM149.
Haaa ni dia jamnya. Ada jam, kiraan kalori, gps dan beberapa features yang lain. Masa launching ni takde lagi kat sini cuma akan berada di kedai2 2-3 hari lepas launch. Harga pasaran Honor Watch Magic ni RM599.
Lepas tu haus ya amat kan so singgah dulu Old Town White Coffee.
Selalu time makan-makan ni bertiga tapi hari ni berdua la pulak.
Apa yang saya order ni roti gula je.
Hubby order yang ni.
Ais kacang pun ada sebab lama tak makan.
Lepas tu pergi solat dulu kat Masjid Taman Tun dan wallah....kami ke...
Little Rimba yang terletak berdekatan dengan Masjid Taman Tun. Nak makan apa ni?.
Deko kat cashier ni bagi saya sedap mata memandang dan nampak kemas.
Kat bawah ni kategori manisan yang dijual.
Tote bag ni Dania ada 1.
Unik pula keropok ni sebab perisa telur asin.
Saya yang pilih tempat sebelah cermin ni.
Berdua pula.
Deko dalam kedai nampak santai sangat.
Hubby order lontong. Hubby kata sedap sangat.
Teh o limau panas dan air kedondong asam boi.
Ada juga goreng pisang cicah cili kicap. Ni memang cara makan orang Johor ni.
Nasi ayam pilihan saya. Alaaa ayamnya lupa nak ambik gambar.
Ambik gambar kat lukisan tiger ni.
Little Rimba dari tepi. Betul2 kat belakang Butik Omar Ali kat Taman Tun. Dari jalan besar tu memang tersorok sikit Little Rimba ni.
Lepas makan, kami balik. Singgah pula Masjid Bandar Baru Bangi untuk solat Asar. Dania kata baru nak bertolak balik dalam jam 5 lebih macam tu.
Nak habiskan masa saya dan hubby minum lagi kat Nuin kat Bangi ni haaa....makan pula kuih2 karipap dan cucur badak. Ada la dalam 4 biji kuih.
Tiba kat sekolah, Dania dan 3 lagi kawan solat dulu. Tau tau tetiba berlari macam ni sebab katanya macam terdengar bunyi kat surau. Hmmm.....dah petang sangat dah pun masa mereka solat kat surau tapi kelakar jugak la kelam kabut macam ni 😅😅😅.
On the way sebelum balik rumah singgah tapau untuk Dania dulu. Saya dan hubby dah tak nak makan lagi dah. Macam dah kenyang sangat.
Wahh.. Menyelerakan! Paling terliur Lontong dia tu... Kuah banyak seyh, rencah pun meriah. Nanti nak a pegi laaa.. Makaseh sharing story
BalasPadamfuhhhh terbaik betul. banyak tempat dan makanan terbaikk. hopefully after this boleh try jugaaaak
BalasPadamterliur la plak hahaha
BalasPadamseronok ibu ayah dating ye dania tak ada haha. sedap-sedap semua menu. terliur tengok yang kari kambing tu la
BalasPadamThe honor band is really affordable. Almost as good as mi band 3. :)
BalasPadamDining in Old Town can be quite a pleasant experience right? The food looks good.
Seronok kan sesekali keluar berdua. Hehe. Kitorang skali skala mmg saja tinggal anak nak deting mcm zaman bercinta2 dlu. Haha. Little Rimba tu macam best je. Nnt nak try pegi jugak lah.
BalasPadamAmboi seronoknya dia Jalan Makan Jalan Makan hehehe paling best part makan tu lah tengok macam-macam dia makan tak ajak kita pun hehehehe nanti nak jalan lagi ajak kita yer kita nak makan jer wakakakaka..
BalasPadamHalah halah halah. Datinf berdua pula dengan encik suami. Heheh dah alang² kan? Bestnya tgk roti canai tu haa. Cx dahlah lama tak dapat makan. Hehe lain² food pon menarik. Seronok dapat jalan² tgk event mcm magic watch tu. Boleh tahan harga dia ya tapi berbaloi okaylah. Best bila dpt jln² byk tmpt. Puas hati
BalasPadamNi Dania baca tak cerita jalan jalan cari makan mak ayah dia? syok dating berdua tanpa Dania ye hehe
BalasPadamWaaa.. Satu hari jalan jalan cari makan sungguh ni. Hehe
BalasPadamBalik tinggal tido je. Sebab tersangat kenyang kan. Hihi
Bestnya jam tangan itu. Can control our calory intake to keep fit while enjoying our meal.
BalasPadamni macam jalan-jalan cari makan ni hahahah...tak berhenti makan u ni hahahaha..tapi little rima last time i try soto dia mmg sedap tapi pricey sikitla..tapi selesa dan sedap why not kan
BalasPadamTu lah ayu....hari ni tak berhenti makan oh....stress Dania takde agaknya...Hahahaha...
PadamNi memang jalan makan jalan makan ni. I ni memang tengah kepingin nak makan lontong. Serious my favourite tu. Lama betul tak makan. Tengok post you telan air liur je la. Camne nak kurus makan tu fav I.
BalasPadampenh nak pergi kelittle rimba untuk sambut birthday anak..tapi tak jadi..takpel lepas ni boleh pergi..menarik juga tempat dia..maknan pun nampak sedap tu..hehee..bolehla cuba lepas ni
BalasPadamEhh sama gak gan sekolah anak sis, budak pt3 kat sekolah dia pun ramai yang pergi seminar kat UM ni, tapi anak sis tak pergi pun..dia ada tuition pulak tarikh tu. Kalau dia pergi sure bertembung gan Dania kan..:D
BalasPadamWah, syoknya jalan2 makan2. hehe. berdua plak tu. hihi. Banyak tempat makan menarik kat sana tu kan. Nampak menyelerakan lontong tu.
BalasPadamNih betul betul jalan jalan cari makan ni. Non stop makan Hehehe . Sekali sekala jalan jalan macam ni memang seronok kan .Nak nak berdua plak tuh Kalau dapat berjalan memang tak ingat dunia
BalasPadamAkak, sedap ke keropok perisa telur asin tu? First time emi tahu ada keropok perisa telur asin Hehe. Btw syok dating berdua ye bila dania takde.
BalasPadamSeronak jejalan & mkn berdua,lglah tempatnya npk cantik dan cozy
BalasPadambagus sekali kisah jalan-jalan bersama keluarga saya sangat suka dengan foto lontong sayur terlihat sangat nikmat
BalasPadam