Khamis, November 30

Telekung berkualiti oleh Telekung Qasha

Telekung Qasya berasal daripada nama Tuan Haji Akashah Hj Abdul Samad. Pengasasnya berasal dari Perak, bernama Puan Hajah Azilah Akashah. Butik Qasha lahir pada Mac 2008.
Telekung Qasha mengeluarkan 3 jenis telekung sempena nama anak-anak beliau.

1. Telekung Tasha
2. Telekung Dalifa
3. Telekung Zulaika

Ada 2 jenis keluaran iaitu Standard dan Premier. Harga telekung standard lagi murah daripada yang premier jadi pelanggan ada pilihan samada nak beli telekung standard atau premier. Ikut budget masing-masing ya.

Signature telekung Qasha adalah pada renda di bahagian kepala yang berbunga Q. Q bermaksud Qasha. Muka telekung berukuran 34cm manakala bahagian dada dijahit berbentuk tudung dan labuhnya menutup paras dada ketika memakainya. Ye la kekadang ada telekung yang jarang yang menampakkan bayangan tengkuk kan?.

Bersih dan teratur je nampak telekung berwarna putih ni. Tiga jenis pilihan. Tasya? Dalifa? atau Zulaikha pilihan anda?

Nak beli telekung je pun ada, nak sepasang dengan kain pun ada. Kadang-kadang  ada orang suka beli telekung ajer tanpa kain sebab nak bawa untuk ke tanah suci. 


Telekung Dalifa pilihan Dania.


Tak bawa cash banyak2? Boleh juga swipe guna
 credit card. 


Siapa nak pergi umrah boleh berkunjung ke sini....tak semestinya nak pergi umrah, nak cari telekung berkualiti pun kat sinilah tempatnya. 


Ni saya cerita tadi ni kat bahagian kepala tu ada renda huruf 'Q'. 


Dania bersama pengasas Telekung Qasha, Puan Hajah Azilah Akashah.


Harga mampu milik dari RM130 ke atas ya adik2, kakak2, makcik2....

Istimewanya sulaman ni disulam terus kat atas telekung dan bukan renda yang ditampal seperti kebanyakkan telekung.  


Telekung ni kalau nak puas hati kena pegang material dia baru puas hati. Telekung Qasha ni saya suka material yang macam ni. Saya tak berapa suka material yang licin tu.

Nak tau kat mana alamat Telekung Qasha?

6-25-01 Jalan Medan Pusat PB8A
Pusat Bandar Baru Bangi
Bangi Sentral
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

(Kalau anda tahu Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi, haaa blok area belakang tu lah terletaknya Telekung Qasha)

2 ulasan:

  1. saya pun dah pegang material Telekung Qasha ni.. serius best.. hee~ tak sabar nak memiliki satu untuk koleksi peribadi..

    BalasPadam
  2. Nak la.. dah lama teringin nak ada 1

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Apa yang menarik di Mitsui Outlet Park?

Nak parking kat Mitsui ni kena pusing 2-3 kali jugak la. Mungkin pengunjung ramai sempena cuti Deepavali.  Ada jualan kasut kat ruang tengah...