Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, May 2

Ke Melaka kita .....

 
 2 minggu berturut cuti panjang. Cuti Keputeraan Agung kita dan cuti sempena Hari Pekerja. Mula2 hubby teringin nak makan kuih keria antarabangsa kat Melaka tu. Saya dah beratur kat barisan panjang nun tapi sebab saya tak tahan panas terik tak sanggup saya beratur. Hubby pulak pegi cari parking. Dania memang tunggu dalam kereta lah.
 
Tak jadi kuih keria, kami pergi kat Klebang Coconut Shake Original. Panjang jugak line. Nak cari tempat duduk pun susah juga. Saya dan Dania berdiri la cari meja. Tak lama berdiri ada group ni dah siap makan so cecepat la saya dan Dania duduk. Idak, orang lain yang ambik. Hubby beratur order coconut shake. Rupanya order sekali dengan keropok lekor dan nasi lemak. Nasi lemak tu sikit ajer. Sedap.
 

Tengok di kejauhan tu panjang dak barisan?. Ni untuk yang nak minum / makan kat sini. Kalau nak tapau beratur kat kedai yang tepi jalan. 

 
So minggu yang cuti Hari Buruh tu kami ke Melaka lagi. Kali ni straight pergi kat Jalan Limbungan nak makan keria Hj Jalil. Tapi dah habis la pulak. Seberang jalan ada kuih keria antrabangsa Hajah Rahmah. Beratur la hubby kat Hajah Rahmah. Saya dan Dania order minum kat Haji Jalil. Order laksa utara jugak. Saya ni pantang Nampak laksa. Mesti nak makan. Tertakluk pada laksa utara saje eh. Laksa lain saya kureng
 
Ok....back tu kuih keria. Hubby dapat la 10 ketul yang berharga 60 sen sebiji. Limit 1 paper bag je tau sebab kuih keria tu digoreng kuali yang last. Takut yang beratur yang belakang2 tak dapat. Memang pun ada yang tak dapat. Selamba je hubby bawak kat kedai Hj Jalil dan makan. . Merasa la kami kuih keria antarabangsa siap boleh simpan lagi keesokkan harinya untuk breakfast.
 

 
You alls pegi mana?

1 comment: