Isnin, Februari 27

Malam Seribu Kenangan Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil

Sebelum habis sekolah kebangsaan tahun lepas pada 11 November 2016 diadakan Malam Seribu Kenangan untuk meraikan anak2 Tahun 6 yang bakal meninggalkan alam persekolahan rendah. Ummi Dania nak juga share walaupun dah beberapa bulan berlalu kan?.  Majlis diadakan di Hotel Seri Petaling yang tak la jauh mana dari Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Saya kena datang awal sebab kena bertugas ambik gambar. Saya yang tawarkan diri nak jadi jurukamera sebab saya tahu kalau orang lain yag jadi jurukamera kuranglah gambar Dania ye tak?. Saya dan Dania tiba awal jugak kat hotel ni. Dah tiba siap masuk bilik untuk tunggu yang lelain. 

Dania dan kawan sekelas tengah berlatih untuk menari tarian arab. Ada guru yang mengajar dari RTM. 


Masa ni masa saya ambik gambar ni, takde sape pun kat ballroom ni. 



See....takde orang lagi ni. 


Okay ni setiap anak2 Tahun 6 yang datang dapat ni sebagai cenderahati. 


Ni latihan siap baju lengkap lagi. Tema malam ni Arab jadi tak hairanlah pakaian bertemakan Arab mereka pakai ni. Dania pakai jubah warna biru belah kanan.  


Artis jemputan Yabang Khalifah 


dan juga Farawahida. 


Dania bersama kawan2. Have fun malam ni ye sebab lepas ni memasing membawa diri memasing. 


Ada banyak sangat gambar pada malam tu tapi kalau letak sini banyak2 fengsan. 
Moga kenangan pada malam ni akan terpahat di dalam ingatan Dania dan umminya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...