Tuesday, January 24

Bercuti ke Melaka? Kenapa Melaka?...haaa ni sebabnya.....

Tak tahu nak bercuti ke mana cuti sekolah ni?. Meh meh sini saya nak cerita...tahun lepas, Dania dan kawan2 sekolah ada buat lawatan kat Melaka jadi saya pun plan dengan suami supaya kami pun berada kat Melaka bercuti. 

Gambar masa kat Mini Malaysia. Masa ni Dania dengan kawan2 sibuk membeli belah kat belakang tu haaa....

Senarai Melaka Hotels untuk anda bercuti


Melaka merupakan tempat bersejarah yang harus dilawati bagi sesiapa yang meminati dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang seni, warisan dan budaya terutamanya pada zaman kesultanan melayu Melaka dan zaman penjajahan Belanda. Selain daripada itu, Melaka juga terkenal sebagai tempat pelancongan yang menarik, antara tarikan yang terdapat di Melaka sudah semestinya tempat yang memiliki sejarahnya tersendiri seperti Kota A’Famosa, and The Stadthuys. Anda juga berpeluang untuk melihat  pertembungan pelbagai budaya di Melaka, seperti Baba dan Nyonya. Untuk mengenali warisan Baba dan Nyonya ni, anda boleh la berkunjung ke Baba & Nyonya Heritage Museum, kerana disana mereka mempamerkan gaya kehidupan seharian  Baba dan Nyonya di Melaka. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ‘shopaholic’ ada berita baik untuk anda! Pada tahun 2016 yang lepas, Freeport A’Famosa Outlet (FAO) Village telah dibuka untuk menarik pelancong membeli-belah di Melaka. Terdapat pelbagai barangan berjanama like Hush Puppies, Nike, Cotton On, Carlo Rino, Forever 21, Folli Follie dan banyak lagi. Kepada yang ingin bersiar-siar tetapi rasa malas nak Jalan? Jangan risau, kerana anda boleh bersiar-siar di sepanjang Sungai Melaka dengan menaiki river cruise di Melaka River Cruise. Kalau korang ada plan nak menginap di Melaka, korang boleh terus je cari tempat penginapan korang dengan Traveloka untuk mendapatkan harga hotel yang berpatutan. Disini ada beberapa recommended Melaka hotels untuk reference korang, let’s check it out!


Background Sungai Melaka tempat river cruise 

Casa del Rio Melaka
Hotel Casa del Rio Melaka hotel yang bertaraf 5 bintang, terletak berdekatan dengan Sungai Melaka, bersebelahan dengan UNESCO World Heritage dekat site Jonker Street. Paling bestnya hotel ni memang dekat sangat dengan Sungai Melaka, boleh dikatakan kebanyakan bilik hotel mempunyai pemandangan yang berlatar belakangkan Sungai Melaka. Dengan suasana yang tenang dan permai sudah semestinya ianya akan menjadi percutian yang sangat bermakna buat korang yang datang bersama dengan family. Dan sudah semestinya keselesaan pengunjung diberikan keutamaan. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti urutan spa, fitness centre, and also high speed Wifi service throughout the hotel. Bagi yang tak suka duduk terperap sahaja dalam hotel dan ingin berjalan-jalan ke Jonker Street, don’t worry, because its only take 1 minute walk sahaja from this hotel. Senang cerita, Casa del Rio Melaka ni is one of the best hotel di melaka town.


The Settlement Hotel
Kalau korang nak rasa macam bercuti di Bali gitu, The Settlement Hotel adalah tempat penginapan yang sesuai sekali bagi merealisasikan impian itu. Hal ini kerana, hotel ini amat menitik beratkan ketenangan dan keselesaan bagi pengunjung dalam setiap susun atur hotelnya. Especially, villanya yang sangat la cantik! terdiri daripada ukiran kayu yang unik serta deco yang antik secara tidak langsung menimbulkan suasana yang romantic. Sangatlah sesuai untuk dijadikan tempat untuk berbulan madu kepada pasangan yang baru berkahwin. Bukan itu sahaja, ruangnya juga luas sehingga boleh memuatkan 4 orang dalam satu villa, sesuai juga dijadikan pilihan untuk bercuti bersama keluarga. Ianya terdiri daripada 45 buah bilik serta 5 traditional villa. Hotel ini juga terletak tidak jauh daripada Bandar Hilir, Melaka hanya memerlukan 9 minit perjalanan (2.8 km) dengan menaiki kereta.
Jonker Boutique
Bagi penggemar-penggemar barangan antik, handmade, fine art kraft atau barangan bersejarah, korang boleh berkunjung ke Jonker Walk.  Jonker Walk merupakan antara tarikan utama perlancongan bagi negeri Melaka. Bila di sini, korang boleh try a night stay di Jonker Boutique hotel. Bilik-bilik yang disediakan cukup luas dan kemudahannya moden pasti anda akan selesa menginap di sini. Korang yang berkenderaan pula tak perlu risau, walau pun sibuk di Jonker Walk, hotel ini menyediakan kemudahan parking untuk pengunjungnya. Tetapi, hotel ni tidak menyediakan kemudahan lif which needs you all to naik tangga sendiri. Kira macam exercise jugak la tu.
Actually, there are lots of best hotel in Melaka untuk dikongsikan bersama korang. Walau apa pun pilihan hotel korang, yang penting make a wise decision and enjoy the holiday okay! Happy planning for holidays guys! 
Kalau nak stay kat sini pun not bad....
Dekat sangat dengan Dataran Pahlawan. Within walking distance ajer. Nak makan pun senang, nak menonton wayang pon senang.
Restaurant ni dipunyai oleh penyanyi Khadijah Ibrahim. Nama restaurant ni Khadijah's Kitchen. Kebetulan kami sempat juga merasa makan kat restaurant ni.

Kalau teringin nak merasai pengalaman makan roti canai yang dimasak dengan kayu arang boleh waze ke Roti Canai Kayu Arang. Tips kena pergi awal kerana kalau weekend memang ramai orang akan makan kat sini. Silap2 anda takde pulak tempat duduk. 


Haa.....jangan kata akak tak payung. Jom la bercuti ke sini.....

8 comments:

  1. suka p melaka sbb nk singgah klebang coconut skake..rindu nasilemak and coconut shake situ hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab nak ubah angin tak le jauh sangat. Melaka je....alaa masa gi baru ni tak sempat nak bercoconut shake pun....

      Delete
  2. Hehehe. Spy Dania sekali cuti cuti Malaysia eh.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.....nak spy pun akhirnya last day jugak ummi dia jumpa....

      Delete
  3. melaka ... mls nk pi manjang jem je .. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau nak pi kena dok hotel dalam bandar. Nak pi makan jalan kaki ajer.....haaa kalau tu tak yah naik kereta. Masalah jem tu memang ya. Nak nak cuti sekolah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails