Selasa, Oktober 18

Warna warni UPSR 2016

Walaupun UPSR dah berlalu tapi saya tetap nak blogkan untuk kenangan di masa hadapan. Chewahhh. Dulu ingat sebelum pindah macamana la nak tiba awal ke sekolah masa exam nanti. Nampaknya semuanya dipermudahkan. Lepas solat subuh terus la ke sekolah pada hari pertama exam. Tiba kat sekolah sebelum jam 7 pagi lagi. Kat rumah dah siap-siap breakfast. 

Kat sekolah kebangsaan Dania, breakfast disediakan untuk anak-anak yang nak UPSR. Ni menu hari pertama ni. Sandwich telur. 


Menunya bertukar setiap hari. Ada donut dan tat buah-buahan beserta air mineral atau air Milo O. Air Milo O tu kantin yang sedekah. Saya dan beberapa ibu yang lain sukarela tolong beri anak-anak sarapan. 


Pagi yang indah ini, guru-guru sibuk mengedarkan slip peperiksaan. Yang tengah tu guru besar sekolah kebangsaan Dania. Mukanya persis Rubiah Suparman. Anak2 nak UPSR juga turut dibekalkan alatulis setiap seorang. Ada yang baik hati pulak bila hulur alatulis kata dah ada. Semua murid dapat walaupun mereka dah bawa alatulis dari rumah. 


Ni duduk ikut kedudukan dalam dewan. Anak saya duduk depan sekali. Depan meja pengawas peperiksaan gitewww....ok senyum pagi-pagi ni membuatkan umi tenang sikit hati. In fact hari pertama je saya tunggu sampai habis. Borak2 dengan mak2 yang tunggu anak. 


Kiri sekali tu cikgu Bahasa Malaysia tu Cikgu Aziz tengah nak bagi penerangan untuk paper yang pertama. Cikgu Cikgu berbangsa Cina tu cikgu sains Dania merangkap cikgu tuition sains Dania namanya Miss Hong. Tudung pink tu Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum. Duduk inner tudung warna kuning tu cikgu subjek favourite Dania namanya cikgu Amizura. Cikgu Ami punya suami kenal baik dengan suami blogger Mira. Eh eh my good friend gitu....Kecik je dunia ni kan?. 


Sebelum Dania jalan, ummi dah siap ambik tempat kat depan senang la nak snap anak ummi.  Saya ucapkan all the best kat anak2 yang lalu depan saya. Kalau saya tahu nama saya panggil dengan nama. 


Ni kat dewan ni. Tengah tu Faris. Kawan Dania dari sekolah swasta agama lagi. 


Ni tak ingat hari keberapa ni. Kalau you alls perasan kan....cikgu tahun 6 ni akan pakai baju warna sama setiap hari. Hari ni warna ungu menjadi pilihan. Guru kelas Dania No. 5 dari kanan. Cikgu Siti Rozila ni ajar juga tuition Matematik. Senang ambik guru yang mengajar subjek kat sekolah yang jadi cikgu tuition. Tuition pun buat kat sekolah ajer. 



Ni hari terakhir peperiksaan UPSR diadakan ni. 



Mana tah pergi guru lelaki masa ni. Warna biru untuk hari terakhir peperiksaan UPSR. Sporting cikgu Tahun 6 Dania ni. 


Cikgu sibuk buat sign kat tangan tu. Mula2 tak faham. Rupanya sign 6A. Kali ni cikgu2 bersama ibu yang tunggu anak ambik gambar. Aikkk saya je sorang kat depan tu...


Moga Dania mendapat keputusan yang terbaik.....amin....

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah..seronok baca kak. Tak sabar nak rasa nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jeng jeng utk Izwa...suspennya ya allah....tuhan je yg tau...

      Padam
  2. lega dh dania abis upsr..pasni tgu result la plak

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...