Isnin, Oktober 17

Rindunya nak menulis : Karnival Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan

Dah lamanya tak menulis...hehe...ada pun guna data dari handphone ajer. Kali ni senang sikit sebab unifi dah pasang dah. Ada sekali tu katanya unifi dah boleh pasang tapi bila technician datang katanya tak boleh pasang ikut port (port kat tiang ada tapi bukan kat jalan rumah saya) sebab rumah saya kena pasang kabel bawah tanah. Zup zap lepas almost 5 bulan dok sini baru lah kabel dan unifi datang pasang. Fuhhhh....problem solved. 

Ni nak citer pasal satu Karnival yang diadakan kat luar sekolah. Karnival Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan ni diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Petaling, Kuala Lumpur. Ada 30 tempat semuanya. Siapa cepat dia dapat. Dania memang minat aktiviti macam ni jadi dia pun daftarkan nama. 



Ni barisan boys satu sekolah dengan Dania ni. Semuanya murid Tahun 6. 


Sekolah Seri Petaling ni besar ya amat. 


Semua peserta ada tag ni. Dania suka warna biru so chop tag yang tali warna biru lah. Tukang bagi umminya 


Anak ummi ni baju boleh muat lagi. Itupun lagi beberapa bulan lagi tengok la sure senteng habis. Nak pergi karnival ni saya terpaksa beli seluar baru. Seluar sedia ada dah senteng sangat sangat. 


Semua kena beratur dan akan dibahagikan ikut kumpulan. Setiap kumpulan akan ada peserta dari sekolah yang berlainan. 


Macam-macam pasukan beruniform ada. Tunas Puteri, Pengakap, Puteri Islam, PBSM dan lain-lain lagi. 


Excited Dania. 


Ni aktiviti pertama iaitu Pandu Arah. 


Team akan dibekalkan dengan kompas untuk navigasi ke arah treasure hunt berupa tanglung ke apa ke namanya tu. Dah jumpa nanti boleh proceed menacari tanglung yang seterusnya. Abang senior ni rajin la tolong jawab soalan dan siap berlari dengan adik-adik ini. 


Achik Ena yang excited suruh berlari laju sikit sebab nanti akan ada tempat pertama, kedua dan ketiga. Saya tunggu habis aktiviti 1 ni kemudian saya pun balik. 


Schoolmate Dania ni. 


Akhirnya pasukan Dania dinobatkan sebagai Johan acara gajet dan bina ikatan. Dapat la dua sijil. Sijil penyertaan dan sijil pencapaian. Alhamdulilah boleh la masuk portfolio untuk aktiviti ko-kurikulum. Kena naik pentas diiringi lagu gamelan. Ala ala lagu nak terima ijazah dulu....


Seronoknya mereka.......






4 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...