Jumaat, Oktober 21

Meraikan artis veteran di rumah Pak Engku

Pada 31 Ogos masa cuti Hari Merdeka teet teet bunyi whatsapp kat handphone. Oh rupanya Pak Engku nak meraikan artis veteran Rohana Jalil yang nak menunaikan haji. Wahhh baiknya hati Pak Engku nak meraikan kawan. Whatsapp tiba jam 11.37 pagi, majlisnya jam 3.00 petang. Nasib baik takde plan hari tu. 

Rohana Jalil ni masa saya datang tu, saya duduk sebelah beliau je tapi antara cam dengan tak cam sebab beliau dah pakai hijab. Pak Engku juga turut meraikan Datin2 dan Datin Seri yang tiga lagi sempena nak menunaikan haji. 

Saya ambik la gambar ramai-ramai. Rohana Jalil kata saya photographer. Agaknya ingat photographer majalah mana agaknya.... Rohana Jalil kiri sekali dalam gambar di bawah. 



Mas Omar pun ada. Tengah yang pakai cermin mata berbaju melayu putih. 


Ibu Raja Azura pun ada. Kanan yang pakai baju warna perang. Wahhhh peramah sangat sangat sangatnya....boleh imagine tak peramah macamana? 



Berdiri belah kanan berjubah biru tu Imam Masjid Negeri Shah Alam. Beliau la yang membacakan doa. 


Lepas selesai doa selamat semua dan pukul gambar sana sini tibalah masa untuk menjamu selera. Konsep gerai selalu menjadi pilihan Pak Engku. 

Dania ni dengan Atuk Mas Omar. Eh Eh sama tinggi lah anak ummi dengan atuk Mas Omar. 


Terima kasih Pak Engku kerana sudi menjemput kami sekeluarga buat kali ke.....dah lost count sebab banyak kali. Alhamdulilah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...