Thursday, October 20

Demam PSRA 2016

Sekitar Peperiksaan PSRA kat Sekolah Menengah Agama. 3 sekawan ni kawan baik di Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Kebangsaan. Peperiksaan ni dijalankan pada 26 - 30 September 2016. Ummi Dania turun dalam jam 1 lebih petang. Dania dan kawan-kawan berkampung kat Sekolah Rendah Agama dari pagi. Ada sesi spot soalan yang akan masuk dan beberapa slot lain seperti solat hajat dan lain-lain lagi. Setiap pelajar juga dibekalkan dengan kurma dan air yasin. PIBG yang taja buah kurma tu. 

Dari kiri : Amylia, Dania dan Nadia. 


Setiap pelajar pula kena duduk ikut kelas masing-masing. Dania dan Nashrah ni kelas Taubat. Nashrah ni memang top student ni baik kat Sekolah Kebangsaan mahupun kat Sekolah Rendah Agama. Cita-cita nak masuk Sekolah Agama Menengah Bestari kat USJ. Memang sekolah tu antara sekolah top kat Selangor ni. Moga impian Nashrah ditunaikan oleh Allah ya...ambik aura sikit Dania yer....


Masa ni dah bising bising kat kantin ni. Pelajar juga disediakan minum pagi dan makan tengahari sepanjang kena berkampung kat Sekolah Rendah Agama dari pagi. Makanan saya dah tak perlu risau nak buat bekal ke apa...


Pengawas yang kat tengah tu namanya Nazheef. Sekolah Kebangsaan sama ngan Dania. Kat sini Sekolah Kebangsaan dari banyak Sekolah. 


Ok...ok....dah beratur dah....ada yang segan nak tengok kamera gedabak achik ni. 


Sebelum menuju ke dewan salam dulu pohon restu kat ustazah kelas Dania ni. Ustazah Norhayati namanya. Dalam kelas Dania baik dengan Elisya yang beratur belakang Dania. 


Ibu bapa lain berdiri takat kantin je. Ummi Dania ha terus kat luar dewan.  Siapa dapat meja dalam dewan syok la ada aircond. Dania kata siap tidur lagi lepas habis jawab kertas dan semak kertas. Haaa??? sebab Dania kata pengawas kata kalau dah habis semak boleh tidur.  yang ni ummi rasa macam nak tergelak pecah perut


Anak ummi pun dah faham tengok umminya ni haa....


Moga Dania dapat keputusan yang cemerlang ya.....in the mean time tenang2 la ummi sebelum dapat keputusan peperiksaan...

4 comments:

  1. Semoga cemerlang sll dania, inshaAllah. Makin cantik anak dara kak ezna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aimi. Dah nak Tingkatan 1 dah next year. Cepat je masa berlalu....

      Delete

Related Posts with Thumbnails