Saturday, October 22

Berkumpul bersama keluarga besar membahagiakan

Pada 8 Oktober baru ni kami ada gathering adik beradik kat Dapur Mokde yang terletak berdekatan dengan airport lama Subang. Boleh waze ajer Dapur Mokde. Ni pertama kali ke sini ni. Elza atau saya panggil Eja yang pilih Dapur Mokde ni. Eja yang nak belanja. Masa ni ulam-ulam baru tiba. Saya cakap kat anak-anak saudara bagus ni makan ulam-ulam ni nanti kulit cantik, pandai....koooo Sofiah, Adlina, Musyafee, Zharif dan Zharfan start meratah ulam-ulaman.  errr ke sebab lapar?. Dania tak herannyer sebab Dania ada sayur-sayuran yang dia suka macam brokoli, carrot, kobis, bunga kobis. 

Selfie Selfie kome....



Kamera hubby pulak ni....senyum senyum...


Kali ni dah start penuh meja dah. Ada udang goreng, patin buah masak lemak tempoyak, udang goreng, ulam-ulaman, tempoyak, ikan pekasam, sambal sarawak, kailan ikan masin, kerabu mangga yang terlajak pedas....perghhh pedas dan the legend ikan kelah. Nak tau kenapa ikan kelah tu legend? Haa tunggu tengok harga nanti. Tak campur air lagi. Macam2 air ikut selera budak2, mak budak serta bapak budak. Air kosong juga turut disediakan. Budak2 je 7 orang. 


Bila dah makan ramai2 ni bertambah-tambah nasi. Ada lak si kenit yang makan dah kenyang main-main nasi pulak 


Ada 2 gambar berbeza budak2 ni haa. Suruh tengok kamera phone tapi ada yang tak tengok pun. Susah le nak kawal. Mana-mana tengoknya tu...



Ni haaa ikan kelah legend ni harga asal RM250 tapi owner kedai bagi discount jadi harganya RM220. Harga semua tak tahu berapa sebab bila tanya adik, dia tak bagitahu. Anyway....terima kasih Eja sebab belanja kami semua ye. M*** bagi bonus banyak la ni....

Next time biar Abang Tam belanja pulak....


Is not about food tapi bila dah kumpul ramai-ramai. Banyak la cerita nak diceritakan. Ingat....Dapur Mokde tau....famous dengan ikan patin masak tempoyak. tak tahu tempat? Waze kan ajer....

****gambar agak blur sebab menggunakan kamera telefon. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails