Dania ada join aktiviti Bengkel ni kebetulan ada sorang kawan saya share kat whatsapp. Tengok je banner dengan isi kandungan bengkel yang menarik, saya terus daftarkan nama Dania. Fees pun RM10 seorang. Dengar cerita Bengkel kali ni dapat menarik 70 orang peserta. Perempuan ajer tau....
Info dari sini
Lepas settle breakfast kat Cyberjaya. Kami terus ke sini. Kemain jauh lak breakfastnya. Dania orang pertama yang daftar. Saya bekalkan air mineral yang beli kat Masjid Al Hasanah ni. Dania terlupa nak bawa botol air la pulak .
Setengah jam sebelum habis program, saya dah tiba kat Masjid. Ada presentation group pula. Sayangnya group Dania dah siap present.
Ni gambar group Dania ni. Saya pun tak kenal mereka sebab semua mereka yang join ni dari sekolah lain. Ada yang datang dari Bandar Tun Hussein Onn lah Shah Alam lah dan kawasan sekitar Bangi. Ada 2 group yang diwakili para ibu. Ibu digalakkan join sekali dengan anak. Dalam file Dania tu banyak info2 berguna yang dibekalkan.
Kakak yang tengah bercakap tu fasilitator group Dania.
Senyum semua. Terjadi photographer secara tak sengaja. 'photographer' ni siap kata freestyle....freestyle.....ewahhh....
Bengkel gini banyak memberi ilmu tentang info aqil baligh, bagaimana nak menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, bab mandi wajib dan lain-lain lagi. Bila tiba time 'itu' harapnya Dania lebih bersedia.
Terima kasih kepada Adun Bangi, Biro Wanita Masjid Al Hasanah dan Nisa' Serdang sebab berjaya menganjurkan bengkel Aqil Baligh ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.