Khamis, Oktober 20

Artis program realiti ???


Pegi ke mall ni pun lepas hantar Dania ke sekolah agama. Faktor dekat memainkan peranan jugak. Kalau jauh2 saya tak suka nak singgah sebab takut balik ni jam tengah jalan udah sampai lambat kat Sekolah Rendah Agama. Tau2 je la petang kan. 

Mall ni sangat jarang saya pergi unless nak buat pembayaran bil telefon. Maxis, Celcom dan Digi ada kat mall ni jadi senang la kan. Kalau selalu malas juga nak singgah sini sebab ramai orang Nigeria (IOI Mall Puchong). Tengah jalan2 saya jalan berhadapan dengan artis yang sorang ini dengan ehem. Saya ingatkan awek dia. 

Tup tup jumpa lagi masa saya tengah minum kat kedai ni. Akhirnya saya memberanikan diri nak ajak selfie. Syawal memperkenalkan 'ni wife saya'. Ok la selfie la bertiga. Bagi yang tak kenal....Syawal ni artis kelahiran program realiti TV "pasti berjaya di Akademi Fantasia...."haa gitulah lagunya lepas buat konsert. Selalunya kalau dengan artis saya akan minta Dania yang ambil gambar dengan artis tu (kesian Dania selalu jadi mangsa tapi ummi dia dah train dari kecik jadi dia dah biasa ) tak pun kalau ada suami saya sure suami yang kena ambik gambar sekali. Tak syok la ambik gambar berdua jadi saya cakap minta isteri Syawal pun masuk sekali. Isteri Syawal tengah pregnant. Tak tanya pulak la berapa bulan. Lepas tu saya cakap terima kasih. 

Kalau you alls berani approach tak?. 

2 ulasan:

  1. berani je....kalau ajak wife dia sekali..mesti wife dia rasa dihargai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.....memang ajak wife dia pun...tak syok le berdua je ngan Syawal.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tudung Ruffle X Wardah

Kalau ikutkan lepas makan dan try kad ATM Dania tu saya nak terus balik je tapi Dania nak tengok je ummi katanya....ok tengok je tau.  Dania...