Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, September 21

Dutch Lady melahirkan bakal jaguh bola keranjang Malaysia

Murni sungguh ya usaha Dutch Lady Malaysia ni. Nak tahu kenapa?

Dutch Lady Malaysia menyediakan nutrisi dan latihan profesional untuk bakat muda bola keranjang di Malaysia ni.

Dutch Lady Malaysia menaja 10 orang pemain muda sukan bola keranjang untuk menggapai impian mereka untuk menjadi pemain bola keranjang profesional di KL Dragons Basketball Academy. 

Pemain muda ini terdiri daripada Maegan Mahadevan yang berusia 16 tahun, Connor Clyde Chua yang berusia 15 tahun bersama bapanya serta Adrie Adlan yang berusia 15 tahun bersama ibunya. Mereka semuanya Pemain Paling Berharga Jr. NBA Malaysia 2014. 

Maegan dan Connor ni tingginya mencecah 190cm++ manakala Adrie 180cm++. Pemain bola keranjang kena la tinggi ye tak? 


Terima kasih kepada Dutch Lady yang membantu merealisasikan impian pemain2 muda ini. 


Cute je kata-kata Pengarah Urusan Dutch Lady ni. Beliau kecik sebab masa kecik2 tak banyak minum susu. 

Beliau juga turut mengumumkan bahawa Dutch Lady ingin memainkan peranan menyokong bakat sukan muda dengan membantu membekalkan nutrisi yang baik serta melatih mereka menjadi ahli sukan negara. 

Di bawah bimbingan staf jurulatih professional dari KL Dragons Basketball Academy, bakat2 muda ini akan dilengkapi dengan kebolehan bermain bola keranjang secara profesional. 


Nak suruh Dania tinggi la gini. Kena minum susu 2 gelas sehari. Susu membekalkan keperluan kalsium untuk kesihatan tulang. 

Drink. Move. Be Strong

3 comments: