Rabu, Julai 13

Ceritera Aidilfitri 2016

Kami balik kampung ke Kedah pada pagi Hari Raya selepas solat sunat aidilfitri. Bersyukur sangat rumah baru kami ni pun berdekatan dengan surau. Saya dan Dania jalan kaki je. Hubby tak siap lagi dah soh kami pergi dulu. 



Balik pada solat, jiran selang 3 rumah panggil ajak beraya. Kami 3 beranak ni kira orang pertama yang datang beraya. Suami kerja kat UIA. Seorang lecturer Komunikasi kat UIA Gombak. Sama lecturer dengan Suzz la ni. Isteri pula lecturer Matematik kat UM. Wah 2-2 lecturer. Anaknya seorang nak terbang ke Mesir buat Dentistry.

Kami bertolak pun dalam jam 12 tengahari. Jalan sepanjang ke Kedah ada few tempat jam. Ingat kot dah tak jam la pagi raya. Hmmm....Area Slim River, area Simpang Pulai. Jam punya jam sana sini dengan campur few stops....tiba Hotel TH Kedah jam 10.30 malam. Alhamdulilah. Malam ni rehat je la tak gi memana dah sebab dah makan malam kat R&R Gurun lagi pun hubby penat.  

Kami pilih bilik standard je ni sebab bilik ni je yang ada. Standard pun tapi luas. 


The next day sarapan di coffee house. Memang bab makan ni halalan toyyiban gitu. Dah tak was was dah. 


Ni rumah kakak ipar saya ni. Kakak hubby saya. Kanan tu kakak ipar dan abang ipar saya la tu. Kebetulan masa ni ada anak saudara abang ipar saya pun berkunjung juga. 


Kami singgah juga kat kg suami saya dibesarkan. Selalu kat sini anak saudara suami selalu buat gathering dan hidangan utama ikan bakar. Perghhh sedap you alls, Berkilo kilo ikan dari pari ke ikan kembung ke ikan keli. 

Lepas makan pose sikit la kat sawah padi ni. Memang rumah tepi sawah pun. 


Lawa haih sawah padi ni. 


Kami menginap di TH Hotel ni selama 3 hari 2 malam ajer. On the way back kami nak singgah Ipoh pulak. 


Ni rumah kawan yang selalu tak miss setiap raya. Mak Jona selalu tanya bila Ezna nak datang rumah. ?


Ni gift dari anak Jona yang sulung namanya Nurul Fitrah Airani. Tq Fitrah. Ada pulak tu selit paper yang tulis 'My Best Friend'. Awwww sweet pulak bebudak ni. 


Dalam jam 10 lebih camtu, tengok tengok anak dara dah gini....zzzzzz....


Anak dara Jona pun dah zzz.....


Bertolak keluar dari Simpang Pulai tu 8 Julai 2016 dalam 11 malam, tiba rumah 9 Julai 2016 jam 2 pagi. Sepanjang jalan jam di beberapa tempat. Patutnya perjalanan dari Simpang Pulai ke rumah tu lebih kurang 2 jam, ni drag jadi 3 jam. 

2 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.