Thursday, June 30

Sesekali Supper

Supper ni kami makan salah satu malam Ramadan tak ingat bila. Masa tu hubby baru balik dari terawih. Ajak la gi minum-minum. Adeh....semenjak Dania bersekolah +-20 km dari rumah ni rasa malam tu malas nak keluar. Nak dok rumah je. Mengantuk pun cepat je mata ni. Tak nak hampakan ayah Dania keluar la jugak dengan mata yang ngantuk ni. Gi makan dekat dengan rumah ajer area Bangi ni. 

Ni Dania yang order. Air milo tabur. 


Ni orang yang ngantuk punya ni. Roti bakar dengan telur separuh masak. Nyumsss. Air teh o panas ajer. Eh Eh kata ngantuk tadi kan?....


Hubby makan kuey tiaw takde lak saya ambik gambarnya. Rasanya pedas gak la. Air pulak hubby order kopi o panas. 

Sesekali ok la kot nak supper. Selalu pulak ya ampun.....ngantuk......

1 comment:

  1. skali skala okla...mmg ngantuk..melainkn laprrr haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails