Jumaat, Februari 19

Jakarta - Malaysia

Hari ni dah nak balik Malaysia dah akhirnya. Kejap je rasa bercuti kat negara orang. Flight dijadualkan jam 2 petang tapi disebabkan jalan jam di Jakarta ni, pukul 9 pagi camtu dah ambik teksi pergi airport. Kawan saya pun pesan kalau kat Jakarta ni at least 4 jam sebelum departure dah kena ada kat airport. Saya pun since dulu pernah kena tinggal flight kat Gold Coast, Australia memang berhati-hati bab macam ni.

Ni lah terminal international kat Jakarta ni.  Kami cuma cuci-cuci mata ajer. 


Nak habiskan masa, kami singgah la minum-minum kat sini. Tiba airport tersangat la awalnya. Sebelum jam 10 pagi lagi. Nak check in bag pun tak boleh lagi. 


Lepas dah check in bag. Jalan-jalan le dalam terminal antrabangsa ni. Lega sikit la nak jalan-jalan sebab tak payah le nak heret beg-beg besar tu. 

Nak habiskan duit rupiah tu kami makan la kat dalam restaurant kat terminal antarabangsa ni. Restaurant ni terletak berhadapan dengan surau. Senang la lepas makan boleh terus solat. 

Hubby order nasi goreng kambing. Eh eh...Dania yang tak makan kambing pun boleh makan banyak ayah punya ni. 


Saya order nasi goreng udang. Ni pun share dengan Dania jugak. Nasi goreng udang ni memang sedap. 


Bila dah boarding terus la menuju ke sini. Ambik gambar dulu dengan Garuda Airlines. 


Walaupun bukan airline yang tambang murah, kena juga naik tangga macam ni. Ingat kot terus naik flight ikut pintu kan...rupanya kena naik bas then bas akan membawa kami ke flight kami. Jauh juga tempat flight kami dari gate tu. Sempat lagi suruh hubby pandang phone. 


Ni lah yang dihidangkan di atas flight. 


Sepanjang perjalanan tu ok lah takde le bergoyang sangat tapi bila nak landing kat KLIA, cuaca tak baik lepas tu landing pun agak menakutkan sebab bergoyang-goyang. Tak putus-putus saya berdoa moga dipermudahkan perjalanan kami. 

Tamat sudah percutian kami di Bali dan Jakarta. Sebenarnya ada kisah mistik juga masa kat Hotel di Bali. Hubby kata masa masuk Hotel kami tu dah terasa semacam je. Saya dan Dania ok ajer. Pastu masa hubby saya tengah basuh pinggan kot tiba-tiba terasa macam ada budak berlari sebelah dia. Saya bersyukur juga hubby tak cerita apa-apa. Dah balik Malaysia seminggu lepas tu baru cerita. Kalau cerita masa kat Bali mesti seram jugak. Lepas hari kami check in kat Bali tu dah takde kisah mistik dah. Hubby kata mungkin entiti tu lari sebab kami solat kat bilik hotel tu. 

Moga ada rezeki kami nak explore tempat lain pulak. 













2 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...