Rabu, Januari 6

Dari Songkhla, Thailand ke Sg. Dua

Pagi-pagi ni kita breakfast dulu kat coffee house Hotel Centara. Nama coffee house yang halal ni Saneha. 

Dania ambik ni. Ingatkan padtai macam ayah dia makan malam tadi. Sekali.............ni lobak asin dengan telur. Hehehe. Langsung letak tepi. Ingatkan mee. Masin la. Saya rasa makan ni dengan makanan lain agaknya. Kalau ada mee boleh tambah ni untuk penambah perisa gitu... 
  

Lepas tu ke tingkat yang ada pool. Kolam bunga teratai terletak berdekatan dengan pool. Ini memang rare ni. 


Bila dah check out, saya cadangkan pergi ke Samila Beach sebab nak tangkap gambar kat statue mermaid. Songkhla ni dalam 1 jam perjalanan dari Hatyai. 



Pusing-pusing kat Samila Beach ni nak cari Golden Mermaid Statue ni. Akhirnya jumpa jugak. Masa ni ada la 2-3 pelancong. Laaa.......mermaid ni tak pakai bra ler....Dania yang perasan. Saya dan hubby tak perasan pun. Hehehe...


Lepas tu ada pelancong dari Malaysia nak bergambar beramai-ramai kat sini.  


Lepas ni terasa lapar la pulak. So lunch di Samila Beach. Cari warung muslim. Banyak je kat sini. Ok. Kita tengok menu ye. 


Dania order Nasi Goreng Ayam. Saya order Nasi Goreng Katam (Ketam) belah kiri. 


Hubby order Kerabu Daging dan Nasi Goreng. Perghhh Kerabu Daging tu sedapnya. Eh semualah sedap masakan Thai ni. Nasi Goreng Katam saya pun sedap ye. 


Just before keluar border di Sadao Thailand, hubby sempat beli beras Siam 10kg (Ada limit tau satu kereta boleh bawa berapa kg beras Siam keluar Malaysia). Then, Dania request her all time favourite....apa dia?...apa dia?....


Jeng Jeng....pulut mangga.....kalau gi Thailand memang ni lah favourite Dania. Lagipun mangga kat Thailand ni manis tau....


Lepas tu di border Sadao, kembalikan form declare masuk kereta ya. Kami tak cop borang ni jadinya bising-bising pulak kerani Thailand ni. Sekali dia menjerit kena bayar berapa Baht la. Bagi ajer duit terus senyap tak terkata. 20 Baht ke berapa ke tak ingat. 

Dalam perjalanan, berhenti di Sg. Dua Pulau Pinang untuk makan Mee Udang. Mee Udang memang famous kat Sg. Dua. Masuk ajer tol Sg. Dua tu ada je gerai Mee Udang di kiri kanan jalan. Kami berhenti kat Ida Mee Udang. Sedapnya Mee Udang ni. Udang ni sangat manis. 


Lepas transit di Sg. Dua, kami meneruskan perjalanan balik ke rumah kami. 

2 ulasan:

  1. Sedap2 smua makanan di Songkhla.. Ida mee udang sg dua tu mmg sedap..dlu pi penang mkn situ gk

    BalasPadam
  2. dah lama tak makan pulut mangga nih.

    rindu plak rasa.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...