Rabu, September 30

Pengembaraan mencari mee.......

Masih lagi cerita cuti sekolah baru ni.Niat di hati nak pergi perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam tapi nasib la saya check dulu website. Rupanya tutup dari raya haji sehingga ahad. Jadi kami pergi yang berdekatan ajer lah. Sebelum tu breakfast kat kedai berdekatan rumah. Banyak kedai tak buka lagi. Kedai yang kami makan tu kedai orang Sarawak. Wahhh mee kolok pun ada...ok tengahari ni nak singgah makan. 

Perpustakaan hipermedia ni terletak kat Bandar Puteri, Puchong. Kecik ajer tempatnya. Pernah la saya bayar cukai pintu kat sini. Bangunan yang sama jugak. 


Meja yang disediakan tak banyak. Dapat juga 1 meja yang dikongsi bersama orang lain. 


Kali ni sibuk study subject Sains. Ummi pulak sebuk tengok majalah Impiana dan Dapur Impiana. Seleksi buku2 tak banyak kat sini sebab tempatnya kecik ajer. 1 level je pun. 


Shhhh....zon senyap. Saya ambik gambar ni pun tak guna flash. 


Lepas ajer kat habiskan masa dalam sejam dua terus la nak singgah makan kat kedai kami breakfast pagi tadi. Laaa tutup rupanya. Kata tadi bukak. Frust la nak makan mee kolok. Alehnya singgah la AEON Taman Equine untuk lunch. Makan kat Kenny Rogers lepas frust nak makan mee kolok. Hehehe...


2 beranak teringin nak makan makaroni cheese. Tak banyak pun portion tapi saya selepas 2-3 suap rasa nak masuk suapan seterusnya kena gagahkan diri sebab dah muak. Offer kat Dania pun dia dah kenyang. Terpaksa la saya makan dengan perlahan. Akhirnya habis jugak ye. 


Masa on the way balik rumah tengok-tengok kedai tu bukak la pulak. Mungkin tutup kejap tadi sebab hari jumaat. Eh tapi kami singgah tadi pun kol 2.30 petang. 

Malamnya tapau jugak mee kolok kat kedai ni. Teringat-ingat lah. Saya pernah rasa mee kolok ni sekali je masa melancong ke Sarawak dulu. Ni kali kedua rasa. Lepas ni boleh la makan lagi since dah tau mana nak cari kan....

Lauknya daging dan ayam cincang beserta sayur sawi. Ni lah mee kolok Sarawak. 


5 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.