Rabu, Ogos 19

Corus Paradise Resort, Port Dickson

Minggu ni merupakan minggu terakhir weekend sebelum sekolah dibuka semula. Saya phone sana sini hotel yang masih available masa peak hours ni sehingga akhirnya......Corus Paradise Port Dickson ada kekosongan tetapi untuk bilik suite sahaja. Jadi yes bilik suite menjadi pilihan. 

Selang sehari nak check in, saya dapat call dari hotel mengatakan mereka tak sempat nak membaiki paip yang ada kerosakan jadinya kami diberikan bilik deluxe. Padahal sebelum ni katanya deluxe room ni dah penuh. 

Pada hari check in tu, dah pukul 3 petang sebenarnya tapi bilik saya masih tak siap. Saya bising la jugak sehinggalah tetiba reception tu kata ok bilik dah siap. Eh tetiba je. Ok fine....inilah standard bilik kami tu. Saya tak suka sangat tetiba ada tiang pulak dalam bilik. Jadi sempit pulak nak solat tepi tu. Paling saya tak tahan bantal dan cadar bau hapak sangat. Last time saya complain pasal bau bilik hapak tu.....saya kena kacau ok.....(Kes di Suria Marang, Terengganu). Bilik ni agak2 lama ke tak digunakan atau cadar dan sarung bantal ni tak taruh softlan masa laundry. Bumbung hotel pun agak kehitaman. Saya rasa hotel ni hotel yang lama. 


Ketidakpuasan hati tu reda sikit bila singgah cafe kat hotel makan pavlova 


dan....hubby order nasi goreng. Kengkonon nak lapik perut sebelum nak makan ikan bakar malam ni. Haaaa jejaga ikan bakar ni confirm kena tunggu lama weiii.... 


Jeng Jeng Jeng...singgah la kami kat Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson ni. Tempat yang dituju Restoran D Terapung. Ada banyak je kedai ikan bakar kat sini. Boleh pilih-pilih. 


Tapi.....nak makan kat sini meh saya nak warning sikit.....makanan dan minuman saya tiba setelah 1 jam yer....minuman tiba awal 5 minit kot. Kalau lapar tak payah la nak try makan kat sini. Kalau nak jugak makan kat sini. Cari time bukan peak hours ataupun datang lambat sikit. Ni lah order kami ni....sotong celup tepung, lala goreng, ketam goreng. 


Ketam ni saya settle sorang jer. Puas puas puas :-)


Lala ni agak pedas jugak. 


Selesai makan kami semua pun balik hotel. Hampa sungguh le parking takde jadinya kami kena parking seberang jalan. Tempat parking kat dewan rasanya tapi ada guard yang jaga kat situ. Pintu utama pulak dikunci. Nak melintas pun jalan utama sangat busy. Actually hotel ni diapit oleh kanan dan kiri apartment orang persendirian ditambah pulak dengan tetamu hotel. Makin busy lah hotel ni. Saya ada juga jumpa kawan sekolah menengah yang kebetulan bercuti kat sini. Meen duduk kat 2 suite sebab anak dia 3 orang. Malamnya terpaksa makan kat hotel je sebab kereta mereka kena blocked. Kesian sungguh. 

Gambar bawah ni masa breakfast kat hotel. 


Lepas breakfast kita round round hotel jap. Kolam renang ni tengah basuh tu pasal takde orang mandi. Ada yang get ready nak terjum kolam dah tu. 


Tengok hotel ni diapit kanan dan kiri tu. Hotel yang tengah tu. Kalau nampak air tu kan...kat situ lah nanti kalau kita nak naik banana boat. 


Ni bahagian lobi hotel. 


Hotel ni memang menghadap laut. 



Bagi saya, menginap kat hotel ni saya memang mementingkan kebersihan bilik. Memang out lah kalau sarung bantal dan cadar bau hapak. Confirm tak repeat lagi ke sini. Kawan saya tu takde komen apa-apa pun cuma katanya parking kat hotel ni amat limited. Cuba bayangkan berapa bilik hotel kat sini. Parking sikit ajer sampai ada yang parking tepi jalan. Tak confident la parking tepi jalan tu. 

Anda ada pengalaman sarung bantal dan cadar hotel bau hapak?. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...