Thursday, August 20

Berbuka Puasa di kediaman Pak Engku

Masa bulan puasa baru ni saya dapat sms, Pak Engku menjemput saya sekeluarga berbuka puasa di kediamannya. Tanya hubby dulu then baru menjawab sms. Baru je hantar sms balik, Pak Engku dah call tanya datang ke tak?. 

Ada juga kawan-kawan yang tanya saya ni ada kaitan saudara ke dengan Pak Engku?. Sebenarnya saya kawan Pak Engku dalam fb ajer. Saya rajin komen kat fb Pak Engku. Dulu, saya pernah masuk teka cerita zaman dulu dalam fb Pak Engku. Kalau dapat jawab dapat peluang makan malam bersama Pak Engku. Saya teka betul la cerita zaman dulu tu. Ingat lagi cerita Dayang Senandung. Semenjak itu, saya ada mendapat jemputan ke majlis-majlis Pak Engku. 

Kami tiba rumah Pak Engku dalam pukul 7 malam. Duduk kat meja yang dihias indah. 


Kanopi Arabian yang transparent bumbungnya. 


Ada lampu chandelier gitu. 



Dania dan Pak Engku 


Ummi dan anak :-)


Hubby bersalaman dengan Pak Engku dulu. Kami bawa buah tangan buah rambutan. 



Di meja kami dah tersedia buah-buahan, agar-agar, buah tamar dan bubur lambuk. 


Setelah solat berjemaah Maghrib, kami semua makan makanan berat. 


Dato Jamal Abdillah pun dijemput juga. Ada menyanyi juga lagu hari raya. Suara sebijik kat radio tu. 


Apam balik pun ada. 


Hubby makan kuah kambing. Kuah ni dimakan dengan roti. 


Bulan puasa ni saya takde selera nak makan. Kat rumah Pak Engku ni pun saya tak sentuh pun nasi dan lauk pauk ni. Saya makan laksa ajer. 


Lauk pauk yang disajikan....




Dessert ni pun saya tak makan. 


Air sejuk ada, air panas teh tarik dan kopi o pun ada. 


Azan Isya' dilaungkan oleh Dato Jamal. Lepas Isya' berjemaah, solat terawih berjemaah pula. 

Irfan ni anak Pak Engku yang bongsu. Dania bergambar sekali dengan kucing Irfan yang baru dicukur bulu sebab banyak kutu. Muka kucing ni bulat sungguh. Dania memang suka sangat-sangat dengan kucing. Cute tak kucing ni?. 


Sebelum balik, tetamu dibungkus dengan lauk-lauk Pak Engku. Hubby ambik 2-3 lauk ajer. Lepaslah 2-3 hari punya sahur dan berbuka puasa. Memang banyak lauk bungkus tu. Sedap-sedap pulak tu. 

Terima kasih Pak Engku :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails