Tuesday, August 18

Amverton Cove Golf & Island Resort

Masa cuti sekolah bulan 5 tahun ni kami ada pergi bercuti 2 hari 1 malam kat Amverton Cove Golf & Island Resort. Baru nak keluar blog...tehehehe....bilik kat hotel agak luas. Ikutkan memang kalau boleh nak hotel yang tak terlalu penuh. Ambik kauuuu....hotel ni lengang la pulak. Hotel ni tak la jauh sangat dari rumah saya. Masih dekat area Selangor juga. Terletak kat Pulau Carey. 


Ni dalam bilik air ni. Kemas ajer. 


Bilik hotel kami mengadap kolam renang. Kolam renang yang menggamit Dania untuk mandi. Sabar ye. Petang ni tak boleh nak slot mandi. Kita nak jalan jalan cari makan ni. 


Lepas dah makan tu terus balik hotel. Saya dah set nak gi urut kat Sompoton Spa yang ada kat hotel ni. Best sebab dapat potongan 20% untuk pelanggan hotel. 

Esoknya makan kat hotel tapi kena order ada 2 je pilihan. Disebabkan tak ramai orang if not ada buffet. Saya nampak ada 3 keluarga je kot pagi ni. Tak sure ada tak lagi keluarga yang menginap kat sini.  


Ni Dania dok menceceh apa ke ni?. 


Ni pilihan hubby ni. 


Ni pilihan saya. Sama je semua kecuali telur tu je. 


Lepas makan Dania bertukar uniform. Saya relaks kat tepi je lah. 


Yang ni paling syok...


Tengok reaksi Dania. Kawan sebelah tu relaks ajer. 


Slide ni pun best jugak. Bagi saya, untuk anak2 kolam renang kat sini memang best la. 


Bila ada kawan, Dania berani la nak masuk dalam slide yang bertutup ni. Kalau sensgsorang dia sangatlah penakut. 


Ada juga aktiviti berkayak. Hubby minat la nak naik. Since orang pun takde, jadinya ada la priority kat kita ye tak....


Ada ATV for kids. 15 minit untuk RM20. Tapi.....rasanya lebih 15 minit uncle ni bagi chance kat Dania. 


Seronoknya berkayak. Saya tak reti nak berkayak. Takut pun ya....hehehe


Lepas tu Dania dan ayahnya sambung mandi lagi. Kali ni memang takde orang. 


Sebelum balik, kita ambik gambar ni dulu. 


Pokok palma ni yang mengingatkan saya percutian di USA tahun lepas. Sebijik pokok palma ni. 


Percutian kali ni memang takde orang lah. Bila malam tu sunyi ajer. Cafe nak minum2 waktu malam pun tutup awal. Kami jalan-jalan kat sekeliling hotel pun sunyi ajer. Ada staf kata hotel ni akan penuh kalau ada golf tournament. Hari biasa memang lengang. Malam-malam sunyi la kalau siang siang-siang ok lah. Tak ramai orang pun tak best jugak. Seram pun ye....

Tetiba hubby kata nak gi bercuti lagi. So, hujung minggu yang lagi satu kami akan bercuti lagi.....ke mana?.....next entry pulak ye. Kali ni kat hotel yang ramai orang la pulak....tak ramai pun susah....ramai pun susah....

Berminat nak menginap kat sini boleh click http://www.amvertoncove.com/ 

5 comments:

  1. Replies
    1. Kat Pulau Carey. Nak dekat dengan Banting :)

      Delete
  2. wahh bestnya bercuti kat sini.. santai sangat sebab takde orang ekk., rasa macam kita bebas nak wat aktiviit apapun.. hihi.. boleh plan hujung bulan ni nampaknya :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Santai bila siang hari. Malam....sunyi sangat......

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Related Posts with Thumbnails