Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, June 1

Telur Goreng Planta untuk si manja hebat

Hari ni saya nak berkongsi resipi untuk memasak telur goreng Planta yang awesome untuk anak-anak kita. Saya yakin anak-anak anda akan menyukainya. Mungkin orang akan kata ianya mudah, namun ada juga cara-cara untuk menjadikannya lebih sedap iaitu dengan mengunakan Planta!. Anak pun cukup suka makan telur goreng Planta. Kalau boleh nak makan tiap-tiap hari. Rasanya cukup enak, garing dan beraroma pulak tu. 

Ok...bahan-bahan yang digunakan adalah sangat simple... 

 1. Telur
 2. Sesudu Planta

Mari kita mulakan :

Mula-mula masukkan sesudu Planta ke dalam kuali dan biarkannya mencair. Waktu ini, aroma Planta akan naik dan baunya wallah.....

Pastikan api diantara medium to low heat ya. 

Bila Planta dah mencair, masukkan telur secara perlahan. Dalam resipi ini, anda tak perlu memasukkan garam ya. 


Nampak tak kuning telur yang berwarna keemasan tu?. Yum...Yum...menyelerakan!. 

Lepas tu goreng telur tersebut sehingga garing di bahagian tepi atau hujung telur tersebut. 

Ni nak bagi tips sikit : Kalau nakkan telur goreng yang cantik seperti ini, buat yang dah terer tu boleh masukkan dalam kuali terus, tetapi bagi sesiapa yang nak praktis, kita boleh pecahkan telur dan masukkan dalam mangkuk dulu. 


Langkah terakhir? Angkat dan hidangkan di dalam pinggan. Ya. mudah sahaja. 


Rujuklah pada rajah berikut sebagai rumusan cara-cara memasak telur goreng Planta. 


Telur goreng Planta boleh dimakan begitu sahaja ataupun dihidangkan bersama masakan bihun goreng ataupun nasi goreng Planta. 

Nak tahu tak telur goreng Planta yang menjadi idaman si manja hebat saya ini memberikan kehebatan berbanding telur goreng biasa kerana aromanya yang memikat, tambahan pula warna kuning telurnya cukup membuatkan kita terliur. Tiba-tiba terasa lapar kan?. tambahan pula telur goreng Planta kurang berminyak, crunchy pulak tu. Telur goreng Planta terasa garing di tepi dan bila masuk mulut kita akan dapat rasa kelazatannya. 

Anak tak pernah merungut denga telur goreng Planta. Kalau masak, licin pinggan!. Telur goreng Planta memang awesome!.


Tak percaya?. Resipi telah diberikan. Jom cuba!!!!

1 comment: