Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, June 22

Jom iftar di De Palma Hotel Shah Alam

Iftar kali ni kami akan ke De Palma Hotel Shah Alam. Actually, ini bukan pertama kali kami ke sini tapi ada la beberapa kali. Ini kali pertama kami iftar di sini sejak ballroom dah bertukar jadi tempat yang sangat luas. Ye lah many years ago, tempat iftar sempit sikit compared sekarang. Sekarang ni sangat selesa. 

Iftar kat sini harga dewasa RM68.00 bersih, kanak-kanak pula RM35.00 bersih. Jom saya bawak you alls melawat gerai-gerai kat sini....

Rojak buah ada....


Dalam akuarium ni menguit-nguit ikan keli ok.....


Adik manis ni sibuk goreng ikan beli. Melastik Bintang kata best try ikan keli yang digoreng panas-panas. 

Kalau nak bawa sefamily dan nak potongan harga 10%, masa buat tempahan  di 05-55428080 atau Jab Jualan 611/608/405/406 jangan lupa mentioned eznakhalili untuk mendapatkan potongan 10% tu atas total bill. 


Anak ummi kat depan gerai Roti John. Tak ambik pulak Roti John ni. Roti John memang ada peminatnya tersendiri. 



Ni gerai aunty ni....sesape yang minat nak makan makanan mamak....ni haa ada jugak. 


Well Well Well hidangan ni paling ditunggu-tunggu kambing golek. Rasanya??? tergolek golek you alls. Perapannya marvelous!!!! Sekejapan dah licin kambing golek ni. Haaa tips nya peminat kambing, silalah ambik sajian ni dulu. Kang menangis tak berlagu...


Mee Kari Nyonya....


Char Kuey Teow dan Mee Goreng. Kalau nak makan, chef goreng dan dan tu jugak. 


Ni keadaan dekorasi di luar ballroom. Cantik bukan?....Kalau dalam The Grand Ballroom tu boleh memuatkan 850 pengunjung dalam satu masa. 


Tema sajian di sini, Sajian Dapur Bonda - Masakan kampung. 


Dania mulakan berbuka puasa dengan selera timur. Anak ummi ni pantang nampak nasi dagang. 


Saya ambik 2 ketul ketupat daun palas. Serius sedap. 2 tu memang tak cukup. 


Apa yang ada kat atas meja kami? 


Dua cinta hati saya. Abaikan yang part kurang photogenic tu. 


Masa kita berbuka disajikan dengan ceramah agama. Solat Maghrib, Isya' dan Tarawikh berjemaah di Surau Nurul Iman hotel. Hotel ni Syariah Compliance ya. Jangan risau. Makanan halalan toyyiban. 


Masakan ala kampung yang pasti mencuit selera anda....masak lemak perut dengan rebung, asam rebus keladi, siput sedut masak lemak cili padi, rendang daging tetel dan banyak lagi.....

Nak buat booking boleh call talian 03-55428080 dan jangan lupa sebut eznakhalili untuk mendapatkan penjimatan keseluruhan bill anda. Hanya sah di De Palma Hotel Shah Alam ya...

Jom la booking cepat cepat. Memang berbaloi dengan wang yang kita keluarkan kerana hidangannya beraneka selera. Paling penting Sajian Bonda - Masakan Kampung. 

Rindu masakan bonda? Iftar di De Palma Hotel Shah Alam. 

2 comments:

  1. sedapnya tengok kambing tu... tahun ni tak berpeluang lagi makan buffet kat hotel..

    ReplyDelete
  2. Boleh ke guna nama..saya nak pergi esok hehehehe...

    ReplyDelete