Thursday, April 16

Reunion kawan lama

Majlis akikah serta harijadi dilakukan serentak di Restoran Puteri. Ni majlis anak kepada kawan saya Meen. Kami kenal sewaktu sekolah menengah. Yang berdukung tu anak kawan saya. 



Kek coklat teddy bear menjadi pilihan. Alolo comelnya. 


Kek ni pun cantik kan? 



Budak la yang paling excited kalau ada Majlis Harijadi ni. 



Kak Chah atau Habsah Hassan sibuk nak ambil gambar cucunya. Kawan saya ni anak Habsah Hassan. Kiranya ni majlis cucu Habsah Hassan. Saya panggil aunty je. 



Ada banyak juga seleksi makanan yang dihidangkan. Yang tengah ambik makanan tu kawan saya dengan anak-anaknya. 




Kat tingkat atas ni lah diadakan marhaban tapi saya datang pun marhaban dah selesai. 


Ni lah Restoran Puteri yang terletak di atas bukit di Taman Tun Dr. Ismail, KL. Agak2 nak mencuba masakan awesome kat sini...jom le berkunjung ke Restoran Puteri


Kanan tu sebaya dengan Dania, namanya Nureen. Tinggi sangat. Compare dengan Dania macam langit dengan bumi sebab Dania rendah sikit. tengah tu Irdeena dan sebelah tu kakaknya Nur'aeen. 



Ni cucu kesayangan Habsah Hassan ni. Comel kan? 



Kami pernah sekelas di tingkatan 4 dan 5. Dari kiri Lily, Meen dan saya. 



Comot-comot pun comel tak kita?...



Ni lagi seorang anak Meen namanya Ayra. Wah sedapnya nama. Best eh Ayra di dalam dukungan Aunty Lily. Lily ni kawan saya sejak dari sekolah rendah Darjah 1 lagi....



Bukan senang nak jumpa kami bertiga ni. Kalau ikutkan ramai lagi. Sebab memasing ada tanggungjawab memasing kan.

Reunion bersama teman lama....priceless. Tq Meen sebab jemput. :-)

1 comment:

Related Posts with Thumbnails