Jumaat, April 3

Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015

Saya dan Dania ada pergi ke 1 Utama New Wing untuk bersama-sama menyertai kemeriahan Hari Kesihatan Mulut Sedunia. Ada tempat disediakan untuk kita check gigi kita. 



Pertunjukan pentas. 


Eh...apa itu plak yer...dan bagaimana ia terbentuk? Penerangannya ada jika anda berkunjung ke sini.  


Saya datang ke sini sebab satu tujuan ni....saya nak join acara berkumur oleh jenama pembersih mulut No. 1 di Malaysia Listerine. Acara ini bertujuan untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysian Book of Records untuk "Acara Berkumur Mulut dengan Penyertaan Paling Ramai (12 Jam)". 


Memberus gigi hanya membersih 25% daripada mulut anda dan ini tidak mencukupi. "Inilah sebab Listerine menggunakan gabungan unik 4 minyak essential yang terbukti secara klinikal dapat membersih hampir 100% bahagian mulut, membunuh kuman yang menyebabkan kerosakan gigi dan nafas berbau dan penyakit gusi. 


There's a listerine for everyone. Tepuk dada tanya selera. Model Listerine kat bawah ni tak tengok kamera pulak. 


Di akhir program, seramai 2,464 menyertai acara berkumur pada Sabtu 21 Mac dari 10 pagi - 10 malam di Roadshow Hari Kesihatan Mulut Sedunia di Ruang Legar Highstreet, Aras G, Pusat Membeli belah 1 Utama. Saya bangga menjadi salah seorang dari angka 2,464 itu.

Siapa lagi yang join?.....

2 ulasan:

  1. i dh lama tak join apa2 event..kekangan masa..and sbb ada lil baby kan...so lama2 dh lost interest la utk join event...alahai

    BalasPadam
  2. Haha ni pun boleh jadi world record

    http://www.theisabellee.com

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...