Jumaat, April 17

Be Stylish With XES Hi - Tea

Ni first time dapat jemputan Hi Tea event ni. Hi Tea ni diadakan di The Place @ One City. Pertama kali pergi area ni. Saya parking pun kat luar bangunan ajer kat Menara apatah namanya tu sebab bila tanya guard katanya boleh parking. Okay so saya pun lunch dulu di Subway One City. Hi Tea dijadualkan jam 2.30 petang. Saya tiba dalam 1 lebih agaknya. 

Event dah ditukar dari rooftop ke ground level di The Place. Ok....ni la aktiviti yang saya lakukan sementara tak ramai orang beratur. Jom le tengok muka saya bila dilukis kartun. Ni yang lukis ni nama dia Napie. Saya suspect la nama mesti Hanafi. 


Ni lah muka kartun saya hasil nukilan Napie. Hmmmm......


Siapalah pemenang bertuah hadiah ni ye?....Jeng jeng jeng.....tunggu di akhir posting ni.


Wahhhh so many beautiful collection?.....


Tanda tanda yang mana idaman kalbu. Nanti boleh grab bila XES akan buat event launching sempena Hari Raya hooray...... :-)


Memang cantik garden setting kat sini dengan kehadiran penyanyi Busker lagi. Errr saya tak berapa faham konsep Busker ni. Penyanyi jalanan mungkin?....


Sedap tau suara beliau. 


Center piece ni memang cantik. Bagi saya simple but nice. 


Saya bergambar di sini. Tema warna biru lembut dan putih. Saya pakai baju warna biru lembut. Tudung Naelofar Hijab saya berwarna warni tapi sedap pulak memakainya dan mudah. Pin kanan kiri dah siap!!!.


Makanan yang dihidangkan.....


Cream Puff ni sedap sungguh. Saya makan sebiji je pun. 


Deko ni menampakkan tema oriental. 


Ok....Sabrina Quigley Chin, PR Manager mengumumkan pemenang Be Stylish with XES Contest yang diadakan sempena XES Chinese New Year Luncheon 2015 di Quill City Mall. Siapa ya?....


Ni dia pemenangnya Jane Chua. Beliau memenangi RM888 tunai, RM1388 voucher produk XES, 10 set RM188 voucher tunai dan 10 likers yang bernasib baik yang bertungkus lumus memilih pemenang (Pemenang dipilih berdasarkan likes yang terbanyak di facebook). 10 likers ni dipilih oleh pemenang sendiri yang akan memenangi 'cute pink toy'. Hadiah disampaikan oleh Miss Mico Pun iaitu XES Ambassador Miss XES Elegant 2014/2015. 


XES memperkenalkan tagline pada tahun 2015 ini...

" Biar kami rugi, Janji anda bergaya "

Untuk keterangan lanjut di http://xesshoes.com.my atau di facebook http://www.facebook.com/xesshoes 

2 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tamam Tea & Coffee

Ni masa cuti Deepavali ni. Pagi ni kami breakfast bersama di Tamam Tea & Coffee. Kena ambik nombor ya sebab tak ada meja.  Akhirnya dapa...