Khamis, November 27

Malaysia Islamic Children's Fair

Kebetulan pada 21 Nov 2014 baru-baru ni plan nak jumpa kawan saya sebab kawan saya tu nak bagi saya gift. Uihhh haruslah jumpa ye dak...tak jumpa no no no gift :p

Kawan saya Emi plan jumpa kat SACC Mall. Jadinya kami makan kat Pizza Hut SACC Mall. Niat di hati nak makan kat Teapot Deli tapi tengah renovation lah pulak. Emi bawak sekali anak dia Erdeena yang berumur 8 Tahun. Saya pulak bawak Dania. Lepas dah makan-makan kami semua singgah kat SACC Convention Center. Kena jalan kaki sikit dari SACC Mall tapi tak lah jauh. 

First stop kat Pretty Princess Zara. Awww rupanya Pretty Princess Zara ni satu taman ngan saya. Kalau agak-agak nak beli tu boleh datang rumah dia. 


Dania berphotoG dengan Deena. Nampak tak perbezaan?....Deena yang darjah 2 lagi tinggi dan besar dari Dania yang Darjah 4. :-) Saya belikan Dania tudung yang Dania pakai tu warna pink dan hijau. Kena pulak dengan dress yang kawan saya Emi bagi kat Dania. Opps abaikan kasut sekolah Dania tu. Dania baru balik sekolah. Saya bawak baju nak tukar tapi terlupa nak bawak kasut. End up pakai kasut sekolah ajer :p


Ada susu unta dari Dubai. Saya rasa juga. 


Dania nak bergambar pulak dengan patung unta ni. 


Ni booth NGO wanita. Saya dan Dania ambik gambar kat sini pulak. Dania asyik pakai topi Da'ie Cilik ajer. 


Booth ni menjual produk yang menang anugerah. Kalau tak silap saya anugerah emas. Hasil dari ciptaan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Nama prof tu saya dah lupa. 


Inilah produknya Qalamiy yang dicipta untuk menguatkan otot tangan ketika memegang pensil. Dengan penggunaan Qalamiy ini, anak-anak kita akan diajar untuk memegang pensil dengan cara yang betul. 


Booth pada hari jumaat ni agak lengang dan seronok sangat nak jalan. Orang pun tak ramai. 


Saya berkenan dengan dress untuk kanak-kanak ni. Dah try pakai tak jadi pulak nak beli. 


Kat luar Convention Center ni ada bas yang di dalamnya ada permainan interaktif. 


Keadaan dalam bas ini. 


Dania kena pukul drum mengikut skrin kat depan. Lagu rock you alls.....


Inilah dress yang Emi bagi kat Dania ni. Emi kata nama dress ni dress Frozen. Memang cantik ajer terletak bila Dania pakai. Thanks Emi. Dania suka sangat. Kena pulak dengan tudung dari Pretty Princess Zara. 


Saya pun dapat telekung hitam berkerawang warna merah kain cotton ni. Sangat selesa dan kemas ajer di bahagian muka. :-) Terima kasih Emi moga awak murah rezeki. :-)


Akhirnya gambar Emi dan saya jugak yang takde. 

Jumaat, November 21

Clarks Warehouse Sale

Hari ni kita cerita shopping ajer. Hehehe. Mula mula 50/50 juga nak pergi Clarks Warehouse Sale ni tapi bila kawan ajak dan of course beliau yang bawak kereta terus ajer cakap nak. Hehehe. Dalam pukul 9.32 pagi dah bertolak dari rumah kawan saya. Tiba kat Citta Mall dalam kol 10 pagi tengok-tengok barisan dah sepanjang ni. Eh....mereka semua tak pergi kerja ke? Weekdays pulak tu. Saya dan kawan beratur selama 1 jam 30 minit tu. Time masuk pun nak kena tunggu dan bersesak-sesak dengan orang yang nak pilih size dan design kasut. Nak dapat kasut dengan size yang kita nak tu ambik masa jugak. Time nak bayar pun barisan kemain panjang. Dalam 12.30 tengahari settle everything dan terus ke Bukit Jalil ambik anak-anak. 


Ambik iklan sale ni kat wall Clarks Malaysia


Saya ambik selfie dengan kawan saya Naterah Ismanu :-) Ish aunty kat depan ni tutup2 muka sebab dia kata dia minta cuti hari ni sebab nak pergi warehouse sale Clarks. Takut boss nampak le bila saya post kat fb saya. Shopping punya shopping saya beli 2 pasang kasut untuk saya dan hubby. Dania punya takde sebab dia baru dapat kasut Clarks dari UK dari Aunty Ema (adik saya) yang saya cerita harga 5 pound ajer tu. Duit Malaysia dalam RM25 lebih kurang. Berbaloi kan? 


Kasut saya dan hubby. Walking shoes saya ni ringan sangat. Warna pink belacan. Kat kasut ditulis warna Vintage Rose. Sandal ni pulak untuk hubby nak bersantai. 


Lepas tu makan dulu kat food court kat Bandar Kinrara. Ni gambar Dania dan kawan Dania nama dia Faris. Malu malu keduanya. Terpisah masa pertengahan darjah 3 sebab Dania pindah sekolah. Sekarang jumpa balik masa darjah 4 cuma lain kelas ajer sebab Faris pindah sekolah swasta ke Sekolah Kebangsaan. Jumpa la Dania kat sini. Masa sekelas kat Sri Pintar Al Amin dulu ada la bercakap tapi masa kat Sekolah Kebangsaan ni tak cakap pepe pun. Dah makin besar malu pulak... :p


Kalau migraine ke apa tak payah pergi lah. Orang terlalu ramai. Jangan bawa anak-anak kecik dan juga warga emas. Cuaca sangat panas. Errr saya rasa first and last la kot.....tak sanggup nak beratur lagi...sebab sepanjang masa beratur tu takde aircond. Cuma ada kipas siling ajer. Tu pun tak terasa anginnya sebab cuaca panas. Kipas besar pula ada kat tempat tertentu ajer. 

Coach Sale


Sempena hujung hujung tahun ni sale sana sini sinun kan?. Coach pun tak ketinggalan. Dapat message sale ni kat email. Sale ni dah start semalam lagi 20 November 2014. Jom serbu bagi peminat Coach...... :-) 

1 untuk saya 1 untuk kamu

Selepas ajer event Dutch Lady di The Gardens Theater, saya menuju ke Isetan The Gardens, Mid Valley. Sekarang ni tengah ada YES (Year End Sale) apa lagi...YES YES!!! :-)

Yang menarik minat saya ialah section ni. Baju tidur brand Mellow. Rasanya brand ni hanya ada kat Isetan sebab saya pernah jumpa brand ni kat Isetan KLCC. Comel-comel sungguh bajunya. Dania dah ada 2 pasang baju tidur Mellow sebelum ni. For boys and girls ya. 


Paling best sebab sepasang baju tidur ni didatangkan dengan set beg comel ni. Mula-mula Dania kata nak beg warna merah ni. Saya tengok comel sangat beg ni terus ambik baju tidur lagi 1 set. 


Jadinya merah untuk Dania, hijau untuk saya. Bolehlah buat isi telekung. :-) 


Tak tau kenapa, semenjak 2 menjak ni saya suka pulak warna hijau terutamanya Olive green dan lime green :-) 

What's your favourite colour? 

Khamis, November 20

Hari Malaysia di Pulau Pinang Part 4

Ok dah nak tamat dah cerita jalan jalan Pulau Pinang ni. Lepas ajer check out Copthorne kami menuju ke pusat bandar Pulau Pinang. Nak cari apa???

Sebelum balik, kami nak ambik gambar kat street art sekitar bandar Pulau Pinang. Kami parking kereta kemudian menyusuri bangunan di sekitar street art ini. Jumpa tempat ni terus ambik gambar. Yang ambikkan gambar ni orang bangladesh yang kerja kat sini. Tempat ni dekat sangat dengan gambar budak nak capai cawan. 


Rabu, November 19

Previu Bengkel Tahap Kebijaksanaan - Kebaikan Nutrisi untuk perkembangan bijak si manja

Saya berpeluang menghadiri Previu bengkel yang bakal diadakan oleh Dutch Lady di The Garden Theater di Mid Valley pada 18 November 2014.

Saya baru ajer jumpa hubby Sheahnee Iman Lee dalam majlis pelancaran produk baru-baru ini. Kali ini Sheahnee menjadi pengacara dan moderator bagi previu bengkel Dutch Lady. I love her outfit :-). 


Salah seorang penceramah bengkel iaitu Dr Alvin Ng Lai Oon, Profesor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway Beliau juga merupakan Penyiasat Perkembangan Kognitif untuk kajian SEANUTS menerangkan bahawa kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia sehingga 12 tahun di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia menyelidik tentang hubungan antara status pemakanan dan prestasi kognitif mereka. Kanak-kanak di Malaysia pula mengalami masalah berlebihan nutrisi  merujuk kepada berat badan berlebihan, obes dan terlalu obes. Kanak-kanak ini mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat skor bawah purata IQ. Dr. Alvin ni saya pernah jumpa di event ini pada tahun 2011. :-)


Ketiga-tiga pakar yang merupakan penceramah bengkel ini terdiri daripada Dr. Alvin Ng Lai Oon (Professor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway), Professor Dr. Poh Bee Koon (Ketua Program Sains Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Dr. Yong Junina Fadzil (Penasihat Pediatrik).  


Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Anja Henze mengulas lanjut mengenai rasional menganjurkan bengkel ini. 


Poster bengkel tahap kebijaksanaan dilancarkan. Alolo comel sungguh Mia Sara :-)


Tak lepaskan peluang ambik gambar dengan pengacara dan moderator previu bengkel ini, Sheahnee Iman Lee :-) Isteri kepada Nazrudin Habibur Rahman (Pengacara Jalan Jalan Cari Makan, TV3). 


Pendaftaran untuk bengkel ini akan dibuka pada 1 Disember 2014. Untuk mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi talian bebas 1800-22-1233 (Isnin - Jumaat, 10 pagi hingga 6 petang) atau e-mel kepada mail@bridgespr.com.my 

Jumaat, November 14

Mentarang

Seminggu selepas keluar dalam Majalah 3 (minggu lepas 8.11.2014), hubby ajak pergi cari mentarang ni. Berpandukan waze ajer kami pun menuju ke Faridah Mentarang Bakar yang terletak di Kg Sg Leman, Sg Besar. Sg Besar ni tempat saya belajar duduk asrama masa Tingkatan 1 - Tingkatan 3 dulu. 

Okay, tiba ajer saya dan Dania turun dulu while hubby pergi parking kereta. Orang agak ramai masa ni. 


Khamis, November 13

Pergi tak kembali

Al Fatihah buat ibu saudara saya Hajah Saffar Hindon atau saya panggil Che An yang telah pergi menghadap penciptanya pada 11.11.2014 baru-baru ni. Saya sempat jenguk Che An masa kat Hospital Putrajaya. Sempat la saya peluk Che An. Kalau tengok muka Che An persis mama saya. Che An kira kakak mama saya. Mama dan Che An memang agak rapat. 

Che An selamat dikebumikan dalam jam 10am di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya. Ini pertama kali saya berkunjung ke sini. Kalau tak silap saya seorang pramugari dan co pilot nama Hakimi mangsa MH17 juga dikebumikan di sini. 


Yang dukung baby ni nama dia saya panggil Kelly. Kelly ni anak kepada sepupu saya. Yang beliau dukung ni juga anak kepada sepupu saya. Kira mereka ni dua pupu. Dengan saya ni tak sure. Opah ke pangkatnya?. Anyway, memang Mawara ni rasa nak cubit cubit ajer. Comel sangat...



Nama saya Mawara :-)



Ni abang Mawara. Nama saya Mikhail :-) 


Ni cucu kepada Che An. Saya ambik gambar Maisarah ni sebab harijadi Maisarah ni sama dengan tarikh harijadi saya. Adik saya kata kekna....ada rupa kekna la sikit sebab harijadi sama kan?....Errr....entah mana yang sama pun saya tak tau lah. 



Sebenarnya tarikh ni juga tarikh adik saya Eja kahwin dulu. 11.11.2006 dan tarikh hubby saya kehilangan motornya. Balik ajer dari settle persiapan kahwin adik saya kat rumah mama papa, saya, hubby dan dania balik la rumah. Balik pun dah jam 3 pagi kalau tak silap. Lepas tu terus la kami 3 beranak zzzz sampailah terjaga balik nak solat subuh tengok tengok pagar rumah dah terbuka. Motor dah hilang. Sibuk nak kenduri lagi, sibuk nak buat report polis lagi. 

Hari yang Che An meninggal pula merupakan harijadi maksu saya. Bila ucap Happy Birthday kat maksu saya tu, terus maksu saya menangis juga. Mana nak sangka beliau akan kehilangan kakak tersayang di pagi harijadi beliau. Semuanya dah tertulis kan....

Ramai juga saudara saya yang turun Putrajaya dari Ipoh tu. Moga roh arwah Che An dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al Fatihah.....

Isnin, November 10

Pemenang Dugrostar Finale Sunway Pyramid

Dugro....Dugrostar.....begitulah antara bait lagu Dugrostar :-) Masa finale kat Sunway Pyramid, saya dan Dania ajer yang pergi. Lepas daftar sebagai media.....Dania mencuba game kat sini. 


Dugrostar Steps ni kena menari ikut screen. 


Dalam masa yang sama ada persembahan dari peserta Finale. Comelnya.....


Baju si cilik ni menarik perhatian saya :-) Kita tengok si cilik ni ada tak dalam senarai Top 3.


Alolo cutenya bebudak tadika ni. Siap ada couple setiap seorang ni. 


Kat sini pun Dania ada main-main jugak. 


Masa yang ditunggu-tunggu pengumuman pemenang tempat ketiga...
Adik Cindy Lim 


Tempat kedua jatuh pada......
Adik Vincy Kong Yun Sim. Ni yang saya berkenan baju adik ni. 


Tempat pertama dimenangi oleh......
Adik Ashley Yong Hui Jin 


Tahniah kepada semua pemenang. 

Hari Malaysia di Pulau Pinang Part 3

Entry ni kesinambungan dari entry ni dan ni. Lepas ajer balik dari Bukit Bendera, kami singgah Queensbay Mall pulak. Saje nak tengok mall ni besar mana. Terletak berhadapan dengan laut. Hubby drive kereta pinjam VW ni. Hmmmm nasib la sape suruh tak siap lagi. Dah jalan jauh kereta pinjam ni. Hehehe. Polo Sedan ni memang save minyak sungguh. 


Sabtu, November 8

Anda bermasalah jerawat? Kini ada solusinya.....

Pada 6 November 2014 yang lepas bertempat di Muse by Watsons Sunway Pyramid ada pelancaran produk Ciracle Pimple Solution CC Powder. Daphne Iking selaku pengacara majlis yang memperkenalkan tentang produk ini kepada media yang hadir. 

Pimple Solution CC Powder merupakan produk 2 dalam 1 di mana memberikan kesan yang cepat dan efektif. Ia menutupi jerawat di muka dan paling best ia juga merawat. Kadang-kadang kita nak tutup jerawat kita, kita pakai penutup noda. Pemakaian penutup noda ya....ia boleh menutup jerawat tetapi kadangkala jerawat akan menjadi lebih teruk. Ciracle Pimple Solution CC Powder ni mengandungi bahan anti bakteria yang akan merawat jerawat kita. Info selanjutnya di www.Ciracle.my


Pihak media juga diberi peluang untuk makeover. Saya pun tak lepaskan peluanglah. 


Pengacara majlis yang sangat cantik dan manis. Siapa lagi kalau bukan Daphne Iking. :-) 


Daphne jom selfie.....boleh.....:-)


Muse by Watsons. 


Daphne beramah mesra dengan tetamu yang hadir. 


Sesi penerangan produk Ciracle oleh si cantik manis Daphne Iking. 


Zara dan bapanya. 


Ucapan daripada Zara. Manis orangnya. Saya ingatkan Barbie Doll tadi :-)


Cuppies yang disediakan. Sangat cute...



Kaunter kosmetik BE di dalam Muse by Watsons. 



Di kaunter BE inilah saya dirias wajah :-) 



Muse by Watsons ini berada di Sunway Pyramid bersebelahan dengan butik Hush Puppies. 


Dengan muka gini gi ambik Dania kat Sekolah Rendah Agama.....Ummi makeup yer? Hehehe....Make up yang sangat natural. Itupun saya mintak nak yang natural ajer. Kang kalau obvious sangat terkejut orang pulak. 


Ciracle diedarkan di Malaysia oleh Essential Living Sdn Bhd dan boleh dapatkannya di www.Ciracle.my, www.Hishop.my, GooGoo Beauty Stores atau Muse by Watsons di Sunway Pyramid.