Last week seorang interior designer (ID), 2 orang wakil dari Nippon Paint, Seorang wakil ERA fm, Seorang wakil dari PR telah berkunjung ke rumah saya pada hari Rabu 14 Mei 2014. Hubby 1/2 day sebab nak tunggu rumah. Nama hubby shortlisted untuk peraduan ini.
Kami berbincang tentang warna cat yang akan dipilih untuk melatari dinding rumah saya. Hubby nampaknya tanya soalan sikit ajer. Errr nampaknya wifeynya agak dominan. Hehehe. Kemudian ID sibuk la nak tengok dengan kos yang ada sebanyak RM10,000 apa yang boleh dibuat dengan budget tersebut. Apa yang perlu ditukar untuk memberi kelainan terhadap ruang tamu rumah kami. RM10,000 merangkumi kos untuk orang cat, cat dan perabot. Kalau campur-campur semua tak banyak la tinggal untuk kami. Tukang cat dah 3-4 orang. Tak masuk lagi seorang videographer yang akan ambik gambar sebelum dan selepas rumah ditransformasi.
Print screen taken from here
Semalam, baru hubby dapat call yang Fella Design nak hantar perabot hari ini (Terkejut sebab tak bagitau menang dah bagitau ada orang nak hantar perabot). See how. Bukan banyak perabot yang akan ditukar. Nama pun Nippon Paint jadinya yang nak highlight adalah cat Nippon yang terbaru. Nippon Momento. Bersyukur juga kerana kalau sesaje nak cat rumah tu idak le. Bagi plain colour ajer...Hehehe. Warna merah (lembut sikit pada warna merah menyala) ada dash of silver menjadi pilihan kami.
Target kerja cat dari 9 pagi - 5 petang. Moga dipermudahkan urusan....Tahniah hubby sebab menang (Agak2 hubby ke yang masuk contest ni?....hehehe) Agak-agak deejay manalah yang akan tolong cat rumah kami ni yer? Ray ke Haniff ke? :-)
bestnya..............
BalasPadamdapat perabot fella!!!!!
bestnye kak....tahniah..
BalasPadamTahniah...bestnya!
BalasPadamtahniah kak!
BalasPadamkak.. bestnye kak... nak jugakk.. ade lagi tak peraduan ni hehehe...
BalasPadamcongrats!! siyes sgt besh!!
BalasPadamperghh best gilerr!! Tahniahhh!!
BalasPadam