Baru-baru ni kami ada bercuti kat sini. Kami tiba awal ke Felda Hotspring ni. Tak jauh pun dari KL ke sini. Dalam 1 jam ajer. Menginap untuk 2 hari 1 malam ajer.
Biliknya memang luas bagi me.
Nak solat depan ni pun tak menjadi masalah kerana tempat sangat luas.
Bilik air ada tub lagi.
Kami malas nak makan kat luar jadinya makan kat tempat ni ajer. Kolam tu ada ditempatkan ikan Kelah. Not sure macamana rupanya tapi ikan ni seakan macam ikan melekat kat batu jer me tengok.
Petang tu jalan jalan ke kolam air panas. Me suruh hubby beli telur ni. Macam dah tak banyak la compare dengan yang me pernah tengok blog.
Ni tempat masak telur. Exactly kat tempat sumber air panas keluar.
Syok betul Dania dapat mandi kat sini. Pastu sibuk le ajak me teman naik slide kat belakang tuh...
Ni tempat pijak batu. Sambil pijak ada air panas jugak kat sini.
Fuhhhh ada berani berendam kat sini? 40 darjah celcius airnya.....Me kejap-kejap itupun sentuh sikit ajer...hihihi...
Ada orang berlagak kengkonon berenang lah ni...errrr...buat apa ni ?
Malam, kami makan kat gerai luar pintu utama Felda Hotspring. Ehmmm makanannya not bad tapi....
ada karaoke pulak. Memekak masa kami nak makan. Rasa macam nak makan cepat-cepat ajer dari sini. Pitching lari, huhuhu...nyanyian lagu rock kapak sungguh tak leh masuk dalam telinga me....
Masa me gini sini suasana sangat berangin. Lepas mandi kolam sejuk, angin bertiup kemain sejuk rasanya. Masa ni malaysia musim sejuk. Kesan daripada angin yang bawak suhu sejuk dari Siberia.....ala ala macam me pergi Perth ajer...
nampaj menarik gak tu..berapa rate biliknya ezz?
BalasPadamKalau tak silap me RM220 per nite suzz inc breakfast untuk 2 orang. Dania kena tambah RM10 untuk breakfast. Tempat yang sangat tenang :-)
PadamEzna.. best kan tempat ni.. emir mintak datang sini lagi.. cuma aktiviti kurang, bila sampai malam dah tak tau nak buat ape, nak pergi mana.. tapi kalau fikir pasal slide tu best hehe.. i pun makan dekat luar pintu masuk tu.. the day before (i duduk 2 malam), i makan dekat depan sikit, dalam 5 minit naik kerete gitu.. u mandi tak kolam air panas tu
BalasPadamMandi Mira. Malam memang sunyi la Mira. Dok bilik ajer. Masa pergi pun ada family day jadinya tak ler sunyi :-)
Padam