Thursday, January 16

Hari pertama persekolahan di Sekolah Rendah Agama tahun 2014

Lamanya terperam gambar-gambar ni. Semenjak buka sekolah ni, minggu awal tu agak sedikit kelam kabut sebabnya tahun lepas Dania sekolah agama start pukul 7.45 pagi. Tahun ni Dania start sekolah kebangsaan pagi. Jadinya kena pergi awal sebab kena tiba sekolah sebelum 7.10 pagi. Kena keluar rumah awal bagi mengelakkan jam sebab sekolah kebangsaan Dania terletak kat simpang jalan utama. Sekolah agama boleh la berlengang kangkung pergi sebab terletak kat jalan dalam ajer. Jalan pun tak sesak.

Ok..back to cerita sekolah agama, me hantar sampai ke kelas sebabnya nak settle kan yuran tahun 2014. Memang yuran tahun 2014 kena bayar hari pertama atau kedua persekolahan buka. So, untuk sekolah agama, Dania memilih beg berbelang. Senang 1 beg sekolah agama dan 1 beg sekolah kebangsaan supaya semua barang tak tertukar. Beg kecik pink tu beg bekal Dania. 


Dania masuk kelas ni. Senarai nama ada diletakkan di notice board. 


Dania memang suka duduk depan jadinya Dania duduk sini lah. 


Masa ni me duduk kat depan kelas sebab nak ambik giliran bayar yuran. Me orang ketiga. Mereka greet ustazah kat depan tu. 


Awww...hari pertama persekolahan, ada souvenir dari Bali dan tart dari my friend Natrah. Terima kasih Nat. Nat kata tart tu untuk Dania tapinya rasanya ummi Dania yang bersungguh makannya. Kih kih kih....Seriously memang sedap! 


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails