Hari pertama persekolahan, lepas Subuh terus keluar rumah. Me bangun awal jugak dalam 5.30 pagi siap mandi dan gorengkan snek Dania untuk dibawa ke sekolah iaitu Onion Ring. Tiba sekolah dalam 6.40 pagi.
Dania pulak kena tukar kelas. Patutnya dapat surat kata Dania masuk kelas Cemerlang tapi nama Dania ada kat kelas Dedikasi. Cikgu macam kelam kabut sikit. Tukar kelas sebab last year dapat call dari cikgu kelas Dania cakap kat me....Dania too advance untuk kelas lama jadinya cikgu terpaksa tukarkan Dania ke kelas lain. Me masa tu rasa happy bila cikgu cakap macam tu. Me yakin semua ibu pun akan rasa gembira bila cikgu bagitau sesuatu yang baik tentang anak kita kan....
Ni kawan sekolah Dania dulu. Faris baru ajer bertukar ke sini tahun ni. Sayangnya kelas mereka lain pula.
Paling best sebab me akan bertemu balik dengan ummi Faris ni. Ni lah Natrah :-) kawan me dulu masa Dania school kat Sri Pintar Al Amin, Bandar Sunway.
Ni close up bekas makanan Dania. Dapat free bila beli Dutch Lady School kat Giant. Ada lembu jantan dan lembu betina. Dania ada both. :-) Cute kan???
Tahun ni Dania dah Tahun 4. Kejap je kan masa berlalu. Ini bermakna tahun yang baru, umur me pun meningkat 1 anak tangga :-) Me tunggu Dania sampai rehat ajer.
Best je tengok suasana sekolah dia,. sekolah apa ni ?
BalasPadamNi sekolah kebangsaan area Kuala Lumpur Adam :-)
Padam