Thursday, January 16

Apa ada dengan Sleeping Beauty Castle?

Cantiknya Sleeping Beauty Castle yang terletak kat Disneyland Paris. Ambik photo ni dari photo whatsapp my sis Erma yang sambung belajar di Cardiff, UK. My sis ni berjalan ke London untuk Boxing Day dan terus ke Paris menaiki feri. My sis pergi 3 kereta dengan student Malaysia kat sana. Bermacam cabaran yang dilalui my sis dan rombongannya. 



1. Ketika di  France, tengah my sis drive berkabus dan terpisah dengan group kereta yang lain.

2. Dekat tol masa nak bayar tol terpaksa berhenti tepi kerana tak jumpa beg duit nak bayar tol.

3. Jalan di Eropah gelap dan tak berlampu. Papan tanda danger pun tak boleh nampak. Ehmmm macam jalan kat Malaysia ok sikit sebab tanda amaran kat lebuhraya boleh nampak sebabnya lampu ada kan... 

4. Di tol, my sis kena keluar bayar dan ambik tiket sebab France memandu belah kiri. UK memandu belah kanan. 

5. Di UK border nak masuk UK, ibu mertua my sis kena soal panjang dengan imigresen di sana sebelum dibenarkan memasuki UK.

6. Dalam perjalanan dari London ke Cardiff, kereta kawan my sis pecah 2 tayar masa naik ramp di lebuhraya. 

Fuhhh kira my sis Erma ni berani jugak drive dengan ibu mertua dan anak-anak ajer. Pulak tu dari jeti feri France nak ke Paris tu mengambil masa 2 jam ke 3 jam ke nak sampai. Me memang spesis tak berapa berani kalau hubby takde di sisi. Hubby my sis akan menyusul tahun ni bulan 3 bila tamat pengajian Masters in Mechanical Engineering. My sis pulak ambik Masters in Human Resource Management. Baru je tiba Cardiff, dah berkira-kira nak bawa ibu mertua berjalan ke Amsterdam, Frankfurt dan Brussel. Udahnya the next day mereka naik bas ke London. Dari London, naik train ke 3 buah cities tu. Jeles jeles...

Yang pasti pengalaman yang dikutip itu sangatlah priceless. Insyaallah kalau rezeki me murah, me and family akan tiba juga kat Sleeping Beauty Castle ni cuma negaranya berbeza sebab exchange rate Euro dan GBP sangatlah tinggi. Ehmmm tak jadi nak visit my sis and family. Tunggu mereka balik ajer la this year... .:-)

My apartment pun dalam proses nak jual. Alhamdulilah baru tanya-tanya je tak sampai seminggu dah ada yang interested nak beli. Insyaallah kalau all is well, satu lagi destinasi yang akan kami pergi. Ni my hubby's wishlist. Moga dipermudahkan urusan kami ini......


*****my sis kata train station kat Paris kena tahan bau busuk (errr busuk eh?), kalau nak melintas jalan kat zebra crossing di Paris kena berhati-hati. Kereta main lalu ajer. Lagi teruk daripada Malaysia, hati-hati dengan penyeluk saku di kota Paris. 

4 comments:

  1. untung la sapa leh gi sampai ke paris tu,. dimana2 ada je penyeluk saku kan,. semua tempat kena banyak hati2..

    ReplyDelete
  2. paris memang popular dgn pickpocket... konfius kan?

    ReplyDelete
  3. In Europe, ramai penyeluk saku dan con man, kena berhati-hati. Banyak kes, ekonomi meleset ...that's why.

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tunggu cerita ezna di negara itu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails