Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, November 12

Nostalgia di kampung

Menjengah kampung hubby sebab hubby nak bakar sume unwanted buku-buku masa kat universiti dulu kat rumah pusaka ni. Sambil2 hubby mengemas, me and Dania kasi posing sedas dua kat kawasan rumah hubby. Ni gambar Dania kat tangga di tepi rumah. Asalnya rumah kat atas ni. Bawah ni kira baru tambah ajer.


Dania bergambar kat sawah padi pulak. Padi semua dah diambil masa ni. 


Jentera membajak sawah. 


Ni lah rumah tempat hubby membesar. Pangking kat bawah rumah tu tempat melepak kawan2 sekampung hubby masa kecik2. Sekarang ni rumah ni dah takde sesape yang duduk cuma nak bagi sewa ajer. Memang tepi sawah je pun. 


Gambar ni Dania sibuk nak ambik. Aduiiii terpaksa ummi la pulak posing. Ada sekali dua kali gelap bebeno gambarnya....Dania...Dania.....


Pisang luar rumah jiran pun ada. Tunggu masa nak diambil pada pokoknya. 


Buluh dekat rumah hubby ni sangatlah rimbun dan besar. Scary jugak kalau balik malam-malam. 


Hubby dok membakar sume buku-buku lama-lama. 


Masa ni dah pukul 5pm lebih. Me cakap banyak nyamuk ni. Dania buat gini sebab katanya nyamuk tak leh gigit dia sebab dah tutup semuanya. Hehehe. Macam la nyamuk tak leh gigit melalui baju tu ye tak?....


Yang ni me sesajer soh Dania posing gaya model. Hehehe....


Limau kasturi kemain banyak kat pokok ni aiiih....


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat bermain. Rajin la hubby bercerita tentang kampungnya ni. Tempat dia menagkap ikan kat sungai tepi sawah, menangkap ikan kat dalam sawah. Me memang takde pengalaman macam ni sebab dibesarkan kat bandar. Hanya nampak tembok batu je depan rumah. 

No comments:

Post a Comment