Selasa, November 19

Makan Time : Nasi LemakTawaf Satu Malaysia Seri Petaling

Me pernah buat entry sini tentang tempat makan ni baru-baru ni. Me buat lagi entry ni since kali ni me dapat captured banyak photo kat sini. Ok....ni model cilik sedang ambik lauk pilihan hati berupa seketul ayam goreng bersama nasi lemak. 


Nak ambik lauk guna corong minyak ni sangat menyenangkan. 


Ni la nama nasi lemak ni. Nasi Lemak Tawaf Satu Malaysia. No telefon pun ada kat sini kalau nak tempah. Paling istimewa lauk rendang kambing. Hubby kata sangat sedap.  


Harga nasi lemak dipamerkan di sini ya. 


Ni la owner ni pakai apron warna hijau. :-) Makcik Zulmah dan Pakcik Zulkifli. Kemain makcik ni explain kat me :-) Wahhh kalau dah jodoh Zul dan Zul :-)


Lai lai lai.....meh meh tengok lauk-lauk kat sini. Selalunya kalau pukul 12 tengahari tu dah licin ler. Wajib datang pepagi yer. 


Pilihan me nasi lemak berlauk peparu bercili. Cuma RM4. 


Dania pilih nasi lemak ayam goreng. RM4.50 


Hubby pulak nasi lemak peparu bercili dan telur goreng. RM5.50 


Banyak juga portion nasi lemak ni. 


Nasi lemak ni terletak berhadapan dengan Hotel Seri Petaling, Pizza Hut Delivery. Cari je tempat makan yang ramai orang beratur :-) Itulah tempatnya. 

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah...terima kasih sis promote nasi lemak mak saya..insyaallah nanti saya suro mak belanja makan..hehehehe

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...