Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, July 29

Danone Dumex memperkenalkan laman web interaktif masa sebenar (live chat) untuk kaum ibu

Me dapat jemputan untuk ke event Dumex ni yang diadakan di Hotel Aloft KL Sentral 27 Julai 2013 baru baru ni. Danone Dumex memperkenalkan laman web interaktif masa sebenar untuk kaum ibu. Platform digital baru yang memberi kaum ibu akses kepada komuniti ibu dan pakar di mana pengalaman sebenar dan pengetahun dikongsi supaya para ibu mendapat sokongan, panduan, dan keyakinan di sepanjang alam keibuan. 

Sebelum tu kenalah daftar dulu. Me tiba pukul 6.15pm macam tu. Masa tu majlis dah start dah dengan Azizah Ariffin tengah bagi talk. 


Ada aktiviti kumpulan jugak. Dalam kumpulan ni kenalah saling bekerjasama. Tolak sifat bossy itu....hehehe kan Mira kan....ehem.....(Mira faham kot...). 


Aktiviti dalam kumpulan untuk menyiapkan kolaj apabila disambung dengan kumpulan yang lain....akan membentuk hati yang besarrrr.....Ni ahli kumpulan me.


Sempat juga pose bersama teman baik :-) Ayu Rafikah dan Wan Amira....


Ni Chef Andri. Beriya Chef sibuk ambik business card dan suruh me masuk dalam tengok chef nak menghidangkan smoothie. Kenal Chef ni pun sebab pernah nampak Chef ni kat rancangan Chef cilik. 


Indra Balaratnam ni pakar pemakanan. Me pernah jumpa masa sama-sama bekerjasama dalam satu rancangan keibubapaan. Beliau masakkan me and Dania pancake Mickey Mouse kat rumah. :-) 


Dania dengan Azizah Ariffin. Cantik sungguh Azizah ni walau dah 40++ kan? Dania mata tertutup sebab kamera ummi ada flash. Sibuk usung kuih dahlia favourite dier tu....hehe...


Aktiviti yang sangat membina dan bermanfaat. Dapat mengumpul input tentang keibubapaan. So you alls boleh melayari www.dumex.com.my untuk live chat ya.....

Makanan semasa berbuka puasa pun variety juga. Lepas tu kami ke Masjid Negara untuk bersolat terawih. 

4 comments:

  1. me dh lama tak attend event...so dh muncul sifat M itew..

    ReplyDelete
  2. salam kenal kak Ezna
    kita berjumpa di event Dumex :)

    ReplyDelete
  3. oh ya.. hanya kite je faham haha, i siap bagi tau husband i u.. tak perasan bile u balik.. :)

    ReplyDelete