Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, June 5

Daurah Penghayatan Remaja Islam Masjid Negeri Shah Alam

Sempena cuti sekolah yang nak masuk minggu kedua ni, me enrol kan Dania dalam aktiviti Daurah Penghayatan Remaja Islam kat Masjid Negeri Shah Alam. Isnin - Khamis cuma RM50 sahaja. Sangat la berbaloi kerana pengisian yang sangat menarik. Kanak-kanak ini dipecahkan mengikut peringkat umur dari 7 - 17 tahun. Hari pertama Daurah, Dania berbaju kurung hijau epal. Pagi lepas tiba sini dah kena sesiap berwudu' sebab nak solat jemaah Duha. 


Ramai peserta katanya almost 700++. 


Dania duduk sebelah rakan sekolah yang kebetulan terjumpa kat sini :-)


Ramai kan?


Hari kedua dan seterusnya berbaju T Shirt lengan panjang dan berseluar la pulak yek...hehehe. Dania ni kalau ada flash gini la matanya.....




Sepanjang 8 hari ni me berulang alik dari rumah ke Shah Alam. Trafik ok sebab cuti sekolah gamaknya. Program ni bermula dari jam 8 pagi - 5 petang. Jadinya masa anak kita terisi dengan aktiviti kerohanian...Insya allah.....gambar atas ni peserta bersiap sedia nak bersolat jemaah Asar. Program ni tak silap me cuti sekolah selalunya ada. Call Masjid Negeri untuk pertanyaan yek...:-)

1 comment:

  1. bagus kan...majlis amal macam ni ramai yang turut serta...isi masa dengan sesuatu yang berfaedah

    ReplyDelete