Khamis, Mei 16

Lasik bersama Prof Muhaya

Nope. Bukan me yang Lasik tetapi sepupu me Aireen. :-) Sepupu me buat procedure Lasik kat Prince Court Medical Center bersama Prof Muhaya. Wahhh best tu buat procedure Lasik dengan Prof :-) Belah kiri tu hubby kepada sepupu me tu. 



Ni tips yang sepupu me tulis. Maybe boleh jadikan panduan. Credit kepada Aireen Ahmad Shahuddin. 

****updated version :-) Thanks Che In sebab bagi kekna post kat blog :-)

1. Sblm ke PCMC, dapatkan tarikh appointment utk pemeriksaan mata, call 03-21602020 (LASIK Centre) / 03-21600332 (Eye Clinic) / 016-3873282 (SN Suzana).


2. Sediakan bayaran RM6990 (bwh 40thn) / RM 7990 (40 - 68thn). Bole guna cash / credit card / GL. Hari pertama bayar RM615 (kos pemeriksaan mata). Kalau dh confirm boleh buat LASIK, bole bayar baki pd hari yg sama / bayar baki esoknya ms nak buat LASIK. RM615 tu dh termasuk harga pakej (kos periksa mata, LASIK & ubat).

3. Dtg Klinik Mata Aras 3 Wing Kiri PCMC isik borang dan buat pemeriksaan (makan masa 5 jam jugak sebab ada 6 mesin utk chx mata (nurse yg akan chx mata kita), plus waktu menunggu nak jupe optometrist), and last sekali baru jupe prof. Haritu i start buat test kul 11pg n balik kul 5ptg jugak plus minus ms lunch n solat Zuhur.

4. Optometrist akan chx mata kita thoroughly n terangkan apa yg akan berlaku ms kita buat LASIK. Bear in mind, w/pun kita dh buat LASIK, bl umur semakin meningkat(40thn ke atas) akan kena pakai reading glasses jugak sebab LASIK untuk hilangkan rabuh jauh. But at least akan melambatkan kita pakai reading glasses lah.

5. Power serendah 75 dan setinggi 1600 boleh buat LASIK. Power i belah kiri 75, kanan 100 but too dependant on spec, kalau xpakai ctc lens or spec rasa xselesa so optometrist kata bole buat LASIK. Dia akan bg ubat titik utk besarkan anak mata, dlm sejam jugak. Kesannya penglihatan akan jadi kabur. Penting utk minta pasangan tolong hantar dan ambil pd hr pemeriksaan & hari LASIK.
6. Org yg ada kencing manis pun boleh buat LASIK asalkan mata sihat. Itu sebab PENTING utk chx mata dulu. If everythg is ok, esoknya boleh proceed dgn LASIK. Nurse akan bg appointment time, i patient terawal pukul 11pg. Average sehari 10 org buat LASIK.

7. Sblm balik, nurse akan suruh sign GL spy sekiranya apa2 kejadian buruk berlaku kita xakan dakwa PCMC, bg penerangan utk titik ubat & makan pain killer sblm hari LASIK.

8. Buat bayaran di kaunter bayaran, turun ke farmasi pesakit luar n amik ubat.

9. Pd hari LASIK, basuh muka guna cleanser macam biasa, tp NO makeup, skincare & perfume. Mesin sgt sensitif dgn bau2an. Pastikan pakaian kita longgar. Jgn lupa bawa ubat2 yg dh dibekalkan smlm tu. Dtg 1/2 jam lebih awal utk relaxkan diri n penerangan oleh nurse.

10. Dibawa ke bilik persediaan, sarungkan je baju OT n cap, xperlu buka pakaian or tudung.

11. Masuk OT, doc akan cuci mata, letak ubat bius, bungkus kepala bg ketat sket.

12. Prof pun dtg utk mulakan prosedur. Tenangkan diri, zikir & selawat In Sha Allah segalanya dipermudahkan. Sepanjang prosedur akan diiringi oleh Zikir Terapi Hafiz Hamidon.

13. Prof akan mulakan dgn Al-Fatihah dan suruh kita fokus pada 1 titik hijau di tgh bulatan putih ms nk buat laser tu. Sebelah mata hanta 30 saat. Dia akan kirakan dan kita lgsg xrasa cepatnya dh siap dh laser tu.

14. Then tukar ke mesin lagi 1, di sana prof akan cuci mata, potong retina n tutup balik. Stp mata ambil ms kurang dr 10 minit. Prof akan heal dalaman kita sambil2 tu.

15. Dah siap, prof suh toleh ke pintu utk tgk org yg kita sayang tgh tunggu. Segala prosedur langsung tak menyakitkan. Kat luar, pasangan boleh ambil video sebab pintunya telus pandang. Last sekali prof ajak bergambar.

16. Lepas siap LASIK, boleh rehat kat sana 2jam atau terus bali, terpulang. Bi bius habis akan rasa pedih sket macam sabun masuk mata. Itulah gunanya arificial eyedrop yg dia bg. Stp 5 min dlm 4jam pertama kena letak utk bg mata sentiasa lembap. Mula2 mata akan sensitif kpd cahaya, it gets better after a while.

17. Lepas Zuhur / Asar penglihatan kita In Sha Allah kembali sempurna. Jgn lupa titik ubat kalau rasa gatal / pedih. Malam pertama tdo kena pakai spek hitam, takut2 kita tenyeh mata.

18. Boleh mandi / berwuduk macam biasa tp minimumkan air yg masuk ke dlm mata. Nak cuci rambut boleh basuh macam salon style (sama ada rambut ke depan / belakang). Tak boleh guna eye make up (celak, eyeshadow, mascara etc) dlm ms 2mgu. Tak boleh swimming dlm ms 2mgu & xboleh diving dlm ms sebulan.

19. Hari Isnin i p chx mata, Selasa buat LASIK, Rabu dh boleh drive amik anak balik sekolah Alhamdulillah. Isnin dan Selasa tu Doc bg MC, nak cuti extra apply sdri 


Best kan buat Lasik. Tak payah dah pakai cermin mata :-) But menurut sepupu me kalau umur kita dah meningkat kena juga pakai reading glasses. 

15 ulasan:

  1. Kekna, actually pjg lg tau explaination dia, ada dlm timeline kita tu

    BalasPadam
  2. Teringin nak buat tapu tengok cost dia, adoiii tahan je la mata..

    BalasPadam
  3. takut sbb ada gak risiko :p me pemakai contact lense tegar..sampai akhir hayat lah kot ;)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, mata ok lg setakat ni...
    Tgk org buat lasik cambest jek tp mahal n takut huhu
    Tgk org pakai contact lens pu seriau kene bukak mata beso2 tu hihihi

    BalasPadam
  5. insyaAllah bulan 10 nanti kalau cukup dana akan buat appoinment utk pemeriksaan sesuai lasik atau tidak, tengah mengumpul ringgit lagi ni :)

    BalasPadam
  6. Salam. Thanks for sharing. I tengah pikir2 lagi pasal nak buat lasik ni. InsyaAllah akan buat gak sooner or later. Kalau sudi singgah my blog Apa Jadi Kalau Kurang Minum Air Kosong?

    BalasPadam
  7. Tq for sharing... making appointment...10days off lenses bru boleh bust accessmnt..

    BalasPadam
  8. Salam.. kebanyakan mempunyai pengalaman yg baik dgn lasik.. ade x yg mempunyai pengalaman yg tidak memuaskan atau cerita cerita ini tidak dikongsikan.Sbb setahu saya hasilnya tiada jaminan dan kebarangkalian mendapat pandangan yg tidak memuaskan terutama pada waktu malam tetap ada.

    BalasPadam
  9. Bulan November 2015 ni cukup 2 tahun tak berkaca mata... Yang penting masa assesment tu kena jawab dengan betul dan jujur... nampak ke tidak, blur ke tidak.... Insya Allah... hasilnya sharp

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum....nak tanya...kos ni untuk kedua2 mata atau sebelah aje?

    BalasPadam
  11. It is more precise to a much higher degree than that of traditional LASIK surgery. Overall this results in greater vision correction (i.e., seeing 20/20 instead of 20/60 or 20/80) and less complications such as halos, glares, and starbursts.become an optometrist

    BalasPadam
  12. It is quite beneficial, although think about the facts when it reaches this target. https://visualaidscentre.com/lasik-eye-surgery/

    BalasPadam
  13. Excellent article. Very interesting to read. I really love to read such a nice article. Thanks! keep rocking. https://visualaidscentre.com/lasik-eye-surgery/

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.