Wednesday, May 15

Kisah mengundi me

Pukul 9 am dah keluar rumah nak breakfast dengan Dania. Ayah Dania takde sebab balik Kedah. Tak tukar alamat so tempat mengundi di Kedah la. Lepas breakfast, adik me Eja call kata suruh ambik kat rumah dia since tempat mengundi kami kat sekolah rendah kami :-)

Masa beratur separuh jalan nak check saluran mengundi baru perasan yang saluran mengundi me dan adik dah tau...hehehe. So terus beratur ke saluran mengundi masing2. Me kat 3 dan adik me kat 4. 


Last 5 years, tak payah beratur pun. Line tak panjang. In fact takde line pun. Kali ni memang ramai. Kat dalam gambar macam tak ramai kan. Tapi actually line beratur macam ular. Adik me beratur kat line belakang sekolah ni. 


Me selesai mengundi setelah beratur selama 1 jam 30 minit. Sambil tunggu adik me, me ambik gambar sekolah rendah me ni :-) Adik me mengambil masa 2 jam nak mengundi....kesian pulak kat me and Dania yang menunggu...hehehe. Jumpa juga jiran depan rumah keluarga me :-)


Ni lah kantin sekolah rendah me :-)



Comotnya la dakwat ni....


Me dah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia.
Di saat ini, result area me pun dah lama keluar. Area me dimenangi DAP for both Parlimen Petaling Jaya Utara and Adun Damansara Utama. Dengan majoriti 44,000++ undi untuk bahagian Parlimen dan 30,000++ undi untuk Adun. Tahniah kepada yang menang. 

3 comments:

  1. berapa hari dakwat kak ezna nak hilang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 3 hari hilang sepenuhnya tapi balik Rumah Je dakwat belakang jari dah pudar....

      Delete
  2. me tak mengundi thn ni :( sedey :(

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails