Tuesday, April 23

Meriahnya nurseri bunga di Sg Buloh

Kami ke Sg Buloh sebab me nak cari pokok bunga. Dalam kepala me, me nak cari bunga matahari ke atau bunga yang wangi sebab nak tanam dalam kawasan rumah me :-) Payah rupanya nak cari bunga matahari dan bunga yang wangi. Ada pokok kenanga tapi besar sangat la pulak. Harga sepokok RM90. So memang tak ambik la. Pokok melur banyak la pulak. 


Setelah masuk  dari 1 nurseri ke nurseri yang lain, akhirnya tiba kat nurseri ni. Yang dicari tak jumpa tapi Dania yang dapat bunganya. Kat depan nurseri ni penuh pokok bunga yang berwarna-warni. 


Taraaa......ni lah bunga pilihan Dania. Warna purple campur putih. RM4 sepokok :-) Kecik je pokoknya. Plan tanam kat tanah je la since orang nurseri kata pokok ni tak le besar sangat. Kalau tanam pun tak merebak macam sesetengah pokok bunga. Kalau merebak, kena rajin la pantau takut semak ajer :-) Dania sebenarnya sibuk mencari bunga taik ayam sebenarnya....hehehe.... 



2 comments:

  1. me pun suka bunga ta[i tak de masa nak beli or jaga hehehe

    ReplyDelete
  2. suka orkid. susah nak mati...tp nak tunggu berbunga...hadoih...ada yg dah tinggi 10 kaki tapi tak berbunga lagi..jantan agaknya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails