Sabtu, Disember 1

Maha 2012

Maha 2012 berlangsung di Maeps, Serdang. Tak berapa jauh dari rumah me kalau ikut jalan belakang. Me pergi masa hari biasa. Masa tiba tu dalam pukul 11am. Setelah parking pergi cari gerai nak isi perut dulu. Dah isi baru syok nak jenjalan.


Lepas makan nasi ayam. Eh eh kami semua makan nasi ayam :-) Singgah tengok ternakan pulak. Kerbau ada.


Rusa pun ada.


Lepas tengok semua ternakan, you alls boleh beli jugak yek. Terus naik bas nak ke tempat lain. Bas disediakan sebab nak pergi ke tempat lain jauh jugak nak menapak yek.


Bas melalui kawasan ini. Kami turun kat Pusat maklumat padi.


Berdekatan Pusat maklumat padi, lalu pulak kawasan ni. Cantiknya...


Ada satu area tu kanak-kanak boleh naik bot kecil ni dengan harga RM10 utnuk 15 minit.


Lepas tu singgah main-main dengan arnab pulak. Bayaran untuk setiap anak ajer. Ibu bapa free kalau masuk.


Kalau dari pusat maklumat padi nak ke dewan ni kena naik bas yang disediakan.


Tempat bunga-bunga orkid ni sangat cantik.


Buah keranji dalam perahu, suruh makan saya makan, suruh mengaji saya tak tahu......ni first time tengok buah keranji.


Office lama me pun ada.


Singgah dulu beli teh dari afrika selatan.


Ni juga first time me tengok dhab atau biawak padang pasir yang fresh nih. Ada sedikit bau sebab tak berapa kering sangat. Minyak dhab ni dibuat ubat. Banyak juga penyakit tu.


Dari hall ni nak pergi pula area funfair. Bus ni atau bas yang ditarik oleh traktor yang dijadikan pengangkutan buat pengunjung Maha dari satu tempat ke tempat yang lain. Destinasi ada diletakkan di depan bas.


Berdekatan dengan funfair ada mini zoo. Macam tak berbaloi pulak nak masuk sebab haiwan sangat la sikit. Kena bayar RM5 kot setiap seorang. Me dah lupa. So, antara haiwannya ialah skunk. Nama melayunya me tak tahu pulak. Lepas je me snap gambar skunk, di nyorok kat bawah rumput tiruan ni. Penjaganya kata skunk ni tak suka flash light dari kamera me.


Dekat dengan zoo ni ada gerai makan. Pekena pula cendol Maha.


Dan........nasi lemak hijau ni.


Luas sungguh tempat kat Maha ni. Bayangkan me masuk pukul 11 pagi sampai la pukul 6 petang. Jenuh round tu. Itupun tak singgah semua. Semua hasil pertanian ada kat sini. Surau ada disediakan yek. Gerai makan dan minuman pula semua section ada jadi, jangan risau. Banyak betul me singgah beli air. Kalau bawa air mineral pun dah save sikit.

You alls dah singgah Maha? Berlangsung sehingga 2 Disember 2012 yek.

3 ulasan:

  1. Walau dekat tak singgh ez. Bwk budak2 nie mau menangis huwaaa

    BalasPadam
  2. me suka mkn buah keranji :) kat kelantan time musim keranji byk ker dijual di mana2 :)

    BalasPadam
  3. wah lama giler u bertapa kat maha, hahahaha

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...