Selasa, Disember 25

Entry blog me di Eyriqazz.com menjadi Top 10 ?

Print screen dari http://blogged.my

Tersenyum simpul me tatkala menerima message balas dari Eyriqazz,Permulaan pencetus semangat untuk rajin berblogging!. Me dapat jadi penulis jemputan di blog Eyriqazz sebab me menang komen kat fb Eyriqazz.com. 

Tajuk entry me : Tempat menarik musim cuti sekolah di Malaysia. 


*****copy paste tulisan me dari blog Eyriqazz.com

Cuti sekolah seeloknya dimanfaatkan dengan aktiviti yang memberi pengetahuan. Kanak2 perlu didedahkan dengan aktiviti luar supaya tak le berkepit ajer dengan gadjet. Oppss anak me pun sibuk dengan gadjet dia.  Jom kita tengok tempat menarik semasa cuti sekolah ini.

1) Kuala Gandah 
Diantara tempat menarik yang dapat memberi info ialah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang terletak di negeri Pahang. Masuk ke sini adalah percuma. Diantara aktiviti yang menarik di sini ialah memberi gajah makan, melihat pertunjukkan gajah dan jika paras sungai cetek, kita juga boleh memandikan gajah. Jangan tak tau yer, mat salleh star MotoGP tu pernah datang sini.

Ada juga tayangan video mengenai aktiviti memindahkan gajah di hutan. Aktiviti yang dapat mendekatkan anak2 kita semasa cuti sekolah ni dengan alam semulajadi. Masa yang terbaik kita tiba ke sini ialah sebelum pukul 2pm sebelum aktiviti bermula. Sebelum tu elok la pergi makan tengahari lauk ikan patin kat Temerloh . Famous ikan patin kat Temerloh ni.

Nak ke sini, ikut ajer Highway Karak kemudian exit ke Lanchang. Lepas exit Lanchang, ada papan tanda ke tempat ini. Tak pun kat GPS ada tertera Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Ikut je ler GPS tu . 

Jom Kuala Gandah!


4 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Gambar kelas gaya baru

Masa awal semester tu ada ambik gambar satu kelas. Masa final exam baru dapat gambarnya.   Tengoklah gambar student zaman sekarang ni. Takde...