Friday, September 21

Tips ke Legoland

1. Pakai topi atau bawak payung sebab kawasan panas terik. Nak beli payung Legoland pun boleh tapi harga RM70 lar....

2. Bawak le makanan kalau tak nak beli makanan kat dalam yang mahal. Kat depan, staff takde check bag pon...

3. Pakai kasut yang selesa. Macam i pakai kasut tumit rendah pun boleh melecet sebab tak pakai stokin. Lama kena beratur kat satu2 permainan tu. Dania memang i soh pakai kasut sukan dan stokin.

4. Bawak air yang mencukupi sebab cuaca yang panas dan banyak berjalan membuatkan kita cepat haus. I yang bawak air siap2 pun beli air jugak sebab air cepat jek habis. Air kat dalam ni tau2 je la harganya.

5. Baju pun pakai baju yang serap peluh macam cotton dan senang nak bergerak. Kalau pakai skirt payah la kalau nak main permainan ke per....bagi i ler. Ikut kesesuaian you alls la. 

6. Mereka yang telah berumur yang sakit2 lutut tak berapa sesuai nak beratur since kena berdiri lama. I nampak ada jer makcik ni sampai cancel beratur sebab mungkin tak tahan gamaknya. 

Yang penting, kita enjoy!!! Masa berkualiti bersama family tersayang priceless :-)

Comel lego2 ni....tu sebab i soh Dania ambik gambar ngan lego yang tinggi dier je ni

Ada sound effect, dragon ni ajar anak2 murid dier sembur api

Yang ni macam menara taming sari. Dapat tengok permandangan Legoland dari atas. Masa nak naik ni mereka tengah service so melepas la kami nak naik.Lagipun sekali nak tunggu 1 jam masa tu. Ada masa nak tunggu 1 jam?...

Tempat mainan berbumbung ni agak luas

Lego lagi

Kat dalam ni le we alls main tembak2 mummy sepanjang we alls naik kereta

Aksi memegang Menara KL....hehehe

Keychain Lego berharga RM12.95 satu. I tak beli pun

Legoland Express ni we alls nak naik tapi dah tutup. Katanya pukul 7 malam. Jam me dan hubby baru pukul 6.45pm. Jam kat sini cepat sungguh!!! Kononnya nak round round Legoland naik ketapi la....

Kebanyakkan tempat permainan ada disediakan mainan lego untuk kanak2 bermain sementara ibu bapa beratur so kanak2 tak le boring...

Ni antara favourite photo i.

8 comments:

  1. byk.lg kekurangannya ek..tggu 2014..ada tmbh lg mcm2..

    ReplyDelete
  2. mahal la pulak keychain legoland tu..

    ReplyDelete
  3. part panas tu yg my kids tak tahan..zharfan jenis eczema..tak sure bila nak pegi sini..

    ReplyDelete
  4. bestnye!
    thanks kak share pengalaman :)

    ReplyDelete
  5. tips yang sgt berguna, terutama bawak air masak banyak2..sebab dah ada pengalaman kat USS..kejap2 beli air mineral, kejap2 beli air mineral...sabo jer lah

    ReplyDelete
  6. legoland memang best!! hehe....

    ReplyDelete
  7. owh boleh bawak makanan ekkk.. thanks for the tips!

    ReplyDelete
  8. anak2 suka nie tp kalau arief mmg asik nak dukung jela..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails