Sabtu, September 1

Aidilfitri pertama di Kedah

Kami bertolak ke Kedah lepas berbuka puasa hari last tu. Tiba Kedah di pagi hari raya. Berhenti banyak kali dengan tidur kat perhentian lagi. Jadinya kat R&R Gurun terus la mandi solat bagai dan tukar baju raya untuk solat Aidilfitri. Nasib la baju raya i dah gosok awal2. Kami tiba kat Masjid cantik Al Bukhary jam 8.30am. Solat kat sini start pukul 9am. Ingat kot dah lambat dah. Tapi dapat tempat luar dewan yang takde sejadah. I tumpang sejadah kecik Dania. Hehehe. Dania dah siap2 dapat duit raya kat makcik yang solat sebelah i. Alhamdulilah. 

Lepas solat tempat kami tuju ke rumah kakak ipar i kat Taman Bayu Baru Alor Star. Hidangan di pagi raya, ketupat daun palas bersama rendang. Ketupat dakap pun ader. Yummy!. Sempat juga melawat kg hubby juga.

Dania dah siap2 nak solat sunat raya

Gigi style raya ni....hehehe gigi baru tumbuh sikit ajer...

Lautan manusia di Masjid Al Bukhary

Tempat janji jumpa dengan hubby lepas solat kat sini ler

Sedondon hijau di pagi yang mulia

Salam kemaafan dipinta ye bang

Siapa pernah makan? Ketupat dakap...intinya pisang manis

Dania dengan sepupu yang paling Dania ngam


Kawan2 Dania ni merupakan saudara jauh. Tak tahu plak i pangkat apa ni
 
Kesian i gambar bayang2 ajer i ambik

Seronok sungguh lompat2 kat tepi sawah padi luas terbentang

3 ulasan:

  1. chomel dania...hijau erk tema..sama la kami..

    BalasPadam
  2. my zharfan pun rongak tp gigi bwh heheh dh canut 2 btg, nak kena cabut lg 2 btg gigi bwh ;)

    BalasPadam
  3. @Mama Zharfan darjah 1 - 2 ni banyak la gigi kena cabut. Hehehe. Kelakar pulak sekali cabut 2 atas. Kena pulak hari raya! Hehehe.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...