Monday, July 16

Makan Time - Restoran Berputar Menara KL

Walaupun me and hubby tak berapa sihat, tapi ada hati tu nak pergi Restoran Berputar. So pukul 9.00 lebih malam dah bertolak dari rumah. Tiba Menara KL dalam jam 9.30 malam so boleh naik pun dalam pukul 10.00 malam. We alls boleh merasa 2 jenis hidangan. Hidangan antarabangsa dan pukul 11 malam hidangan arab. Kami ambik pakej supper. Pakej dinner tamat pukul 10.00 malam.

Sebelum tu solat dulu kat surau. Dekat je dengan lif nak naik ke restoran. Sempat juga beli key chain ni sebelum naik lif. Restoran di paras 250 meter.


Bumbung ni sangat cantik. Mewakili 7 lapisan langit rekaan negara Arab. Macam diamond!

Buffet Ramadan pun dah keluar dah bannernya.

Tiba kat restoran, OMG OMG....cantiknya view sebab we alls dapat tempat tepi tingkap dan lantai restoran tu bergerak. Tak le lelaju tapi kita perasan la gerakannya tu. Me and Dania ambik dulu makanan. Dania ambik roti bom dan dim sum dan i suruh Dania ke meja dulu. Last2 Dania cakap tak jumpa ayah. I pun cam dah panik. Udah 1 pusingan i pusing. Rupanya memang le sesat sebab, restoran ni berputar dan tempat kita duduk tu akan berubah sikit la...hehehe.....buat suspen jer...

Ni hidangan makanan laut. Udang, kepah dan apa tah nama lagi satu, i ambik....

Kami duduk masa tu Menara Maybank menghadap kami....

Bumbung restoran yang mempunyai lampu2 kecik ni

Akhirnya meja kami ni menghadap KLCC.....yay....


Pada jam 11.30 malam, hidangan makanan arab disediakan so i gi ambik nasi kambing bakar ni. Ohhhh kambing tu i ambik sikit je. Yang beria i ambik ialah udang besar goreng.


Sikit je nasi kambing tu. Alehnya i makan sikitttt je daging kambing dan selebihnya i pass kat hubby.

Buah anggur, manisan dan teh o panas untuk supper....

Ni antara makanan arab yang dihidangkan...i tak rasa pun. Tak reti nak makan.

Putaran Restoran Berputar tiba kat tempat masa kami duduk awal-awal tu kat Menara Maybank dalam masa 1 jam. Hehehe siap tengok jam tu sebab nak budget berapa lama putaran tu akan tiba kat putaran asal. Ada juga nyanyian live dan alunan piano yang mengasyikkan. Ehhh not bad juga nyanyian penyanyi lelaki dan perempuan tu. Ada lagu Lionel Richie Hello lagi. Rasanya nak try pulak high tea kat sini tapi i rasa view malam hari sangat la superb!!!. Stunning view.....

Thanks hubby sebab belanja kami kat sini. :-) 


7 comments:

  1. wahhhh bestnya makan tgh malam kat sini :)

    ReplyDelete
  2. bestnye, teringin plak saya..hehe
    rm? :)

    ReplyDelete
  3. supper ke tu siap ade makanan arab? dah macam dinner... baper dia caj per head?

    ReplyDelete
  4. @AyuArjuna BiGoshh actually nak makan malam je ayu. Habis makan malam kol 11.00, i tiba kol 9.30 so org tu cakap ambik pakej supper so leh merasa dinner sekali ngan makanan arab. 2 in 1 giteww....

    ReplyDelete
  5. @Nad @ MamaZN Nad....rujuk ke sini yer www.atmosphere360.com.my :-)

    ReplyDelete
  6. @Sue actually gambar kat atas sekali tu udang bagai tu dinner antarabangsa. Kebetulan we alls tiba lewat untuk dinner 9.30 malam, so staff kaunter tu kata y not makan sekali dengan hidangan arab kol 11 malam baru start. So kami ambik pakej supper leh try food dinner + food supper. 2 in 1 dan memang berbaloi....

    ReplyDelete
  7. wah bestnye
    romantik hehe
    tingin...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails