Wednesday, March 28

Makan Time - Aroma Ikan Bakar Jeram

17 Mac yang lalu, we alls sekeluarga ke Jeram. Nak menikmati ikan bakar di tepi pantai Jeram. Excited juga nak ke sini since kat kepala i, i teringin nak merasa mentarang. Perjalanan dengan berpandukan GPS, mengambil masa 45 minit dari rumah i. Tiba Aroma Ikan Bakar jam 6pm tetapi masa we alls tiba tu takde tempat kosong. Memang fully booked. Terpaksa menebeng tunggu orang yang dah habis makan. Akhirnya ada jugak tempat kosong untuk we alls. Dalam pukul 7.00pm ++ order makanan. Sistem kat sini kena order nasi dan minuman dulu berpandukan nombor meja kita. Kemudian baru beratur untuk order seafood. Hubby order ketam 2 ekor masak cili, kerang bakar dan udang masak mentega di samping sayur kailan ikan masin. 

Sementara menunggu, solat kat surau yang disediakan. Tempat ambik solat pulak kat dalam bilik air. Line sungguh la panjang. Tempat ambil air solat pula terletak berhampiran tempat staff Aroma basuh pinggan. Bau hanyir menusuk hidung sungguh. Sangat tak selesa. Surau pulak tak la besar mana. 

Makanan we alls tiba jam 9.00pm haaaaa ambikkkkk. Jenuh lapar la dulu. Kalau nak makan dalam pondok buluh tepi pantai kena tambah RM10. I rasa masa cuti sekolah ni memang ramai orang ke Aroma ni. Kalau tak nak makan kat Aroma, ada juga gerai berdekatan. Aroma ni glamour sebab dah masuk rancangan kat TV3 selain tempatnya sangat cantik. Makanan kat sini harganya murah la tapi i tak suka rasa ketam masak cili tu. Tak sedap bagi tekak i. Total bil dalam RM79. 

Nak datang ke Aroma buat tempahan dulu kalau tak mahu berdiri lama yer. Nombor telefon ada kat bawah yer. 

Dania siap perkakas nak main kat tepi pantai. Ingat pantai cantik eh?....

Pantai Jeram ni berselut yer.....

Pondok buluh mengadap pantai

Sila buat tempahan sebelum datang


Ketam ni i sorang je habiskan...hehehe

Udang masak mentega


*****kat sini takde mentarang. lain kali nak singgah gerai yang lain nak merasa mentarang pulak. 

5 comments:

  1. teringin nak mkn seafood..moga2 dpt mkn seafood kat kuching nanti ;)

    ReplyDelete
  2. @Mama Zharfan Kat Kuching i tak makan seafood pun.....i makan mee kolok!

    ReplyDelete
  3. selalu nak balik kg mesti lalu jeram ni
    tp tak pernah nak singgah
    huhu!

    ReplyDelete
  4. nampak sedap.. kalau u dah sampai jeram, pergilah pulak ke kuala selangor, makan satay hut pulak :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails