Selasa, Mac 27

Kidzania Kuala Lumpur

Masa cuti sekolah baru2 ni, i ada bawak Dania pergi Kidzania. We alls parking kat The Curve. Tiba Kidzania pukul 11 pagi. Masa we alls pergi tu ada 2 slot. Kira i masuk untuk slot pagi la. 10am - 3pm. Harga tiket RM55 untuk kanak2 dan RM35 untuk orang dewasa. Teruja jugak tengok kaunter tiket seperti kaunter tiket Air Asia di lapangan terbang.

Dapat boarding pass terus ke tingkat 5. Kena scan dulu boarding pass sebelum dapat masuk ke Kidzania. Kena tukar duit kidzos dulu di CIMB sebelum nak main tau. Ada tempat akan dapat gaji selepas bermain dan ada tempat kena bayar kidzos untuk bermain macam Marry Brown. Tempat first we alls cari hospital sebab Dania nak jadi jururawat dan jaga baby. Krew Wanita Hari Ini pun buat rancangan WHI khas dari Kidzania Kuala Lumpur. 

Ramainya orang cuti2 sekolah ni. Dapat main cuma 3 pekerjaan sebab line beratur sangat panjang dan kebanyakkan pekerjaan tutup pukul 2pm padahal sepatutnya tutup jam 3pm. Ramai juga ibu bapa yang tak puas hati temasuklah me.

Makanan kat dalam tu mahal. Walaupun dah breakfast sebelum pergi, lama2 menunggu ni buat lapar je. Beli fries + mineral water = RM12 perghhhh mahal ya amat. Nak mengisi perut ajer ni. Lepas dah tutup session pagi ni terus je melaju ke McD The Curve untuk makan tengahari.

Masa naik escalator bagai pesawat Air Asia kat atas we alls


Hos Wanita Hari Ini, Teh Syuhada dan Rina



Ramai juga kanak-kanak yang nak jadi posmen.

Dania sedang mendengar penerangan nak jaga baby. Mereka ni kononnya bekerja sebagai seorang nurse di Nursery Hospital KPJ

Mendengar penerangan nak menyediakan burger di Marry Brown. Akhirnya burger yang mereka buat, mereka akan dapat bawa balik. 


Terasa i sangatlah pendek berbanding pengacara Wanita Hari Ini, Teh Syuhada dan Rina.

Setiap jam, staff Kidzania akan menari diiringi muzik tema Kidzania

  Bakal Da Vincci sedang sibuk melukis. Dania tuuuuuu kat hujung tu. Kat sini ibu bapa tak dibenarkan masuk.

*****di akhir lawatan ke Kidzania, ada gambar2 anak kita yang sedang beraktiviti yang boleh dibeli dengan harga RM50 size 6R untuk 3 keping gambar.

*****moral of the story, musim cuti sekolah Kidzania penuh gila. Elakkan pergi masa cuti sekolah.

11 ulasan:

  1. mmg mencari review pasal kidzania..kalo macam tuh mmg kena pg weekdays ler nampaknya..anak sibuk nak pg..

    BalasPadam
  2. huhu tak sesuai lagi nak bawa sarah and ashraf..mungkin 2 tahun lagi

    BalasPadam
  3. bestnya...sesuai utk zharfan ajer ni, ariff masih kecik utk kidzania heheh

    BalasPadam
  4. Teh Syuhada dah pakai tudung.. alhamdulillah..

    by the way, im planning nak bawak pergi Kidzania jugak, and nak suruh dia ponteng sekolah semata2 nak pergi kidzania hahaha, so tak yah berator -- insyaAllah.. aminnn

    BalasPadam
  5. ingt nk bw tisya gk cz aritu ada tgk kwn bw ank die..menarik gk cz bole explore dunia pekerjaan...hehe

    BalasPadam
  6. sukeeeee sgt kt teh syuhada tu!
    comel je bile dh bertudung

    malam bukak gak ke kak tmpt ni?
    waktu cuti skolah mmg takleh pi ni
    sesak
    buat rugi duit jek, byr tp takleh main byk2

    BalasPadam
  7. tunggu SN besar sikitlah baru leh bawak gi sini..kalau gi sekarang, karang meraung pulak nak berkepit dengan mommy je hehe

    BalasPadam
  8. rasa2 untuk Acha belum sesuai lagi...sebab dia tu malu2 sikit bila depan org...klau dh 5-6 tahun ok gak

    BalasPadam
  9. Saya dan anak-anak masuk kidzania pukul 2 pada hari sabtu 22 dis 2018 . Hanya dapat masuk 1 shj studio dj dan dapat panjat abseling tu je. Mmg rugi masuk kidzania musim cuti sekolah. Lain kali, kena hadkan maksimum 500 kanak2 shj sehari, baru kanak2 berpeluang masuk byk tempat.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...