Me, hubby dan Dania ada pergi MotoXpo kat PWTC. We alls parking kat Hentian Putra. MotoXpo ni tidak banyak company yang join. Mungkin sebab first ever dijalankan di Malaysia. Hubby la dok snap sana sini. I tak la interested nak tengok Motor2 kat sini. Pengunjung tak berapa ramai kat pameran ni. Ada juga aktiviti menjawab soalan. Baling2 topi, T Shirt. I menyaksikan orang tua berebut benda yang dibaling tu. Persis budak2 yang berebut gula2 beramai ramai. Berebut sana sini. I'm talking about orang tua. Bayangkan??? Kelakar juga dengan gelagat berebut2 freebies ni......
Rasanya Ali Terra Rossa pun datang. Tapi hubby kata bukan sebab Ali ni cam dah berisi. I rasa yer.....Kat pameran ni rasa sakit mata juga tengok gadis tak cukup kain posing kat Motor2 besar. Cam biasa ramai la kaum Adam nak bergambar bersama. Apa relevennya gadis ni berposing kat atas motor?. Kalau cukup kain takpelah. Ni tak cukup kain. Nak pamer Motor atau nak pamer diri?....ada juga tempat di mana pengunjung boleh menyaksikan aksi stunt man dan mencuba menaiki Motor di Live Arena. We alls tak pergi sini pun. Lepas siap solat kat surau PWTC yang selesa itewww....Dania tak sabar2 nak pergi surau sebab Dania kata selesa sangat. Rasanya surau kat dalam PWTC dah dijadikan tempat untuk solat jumaat. Lepas ni we alls pergi makan kat area KL juga. I teringin nak makan steamboat. Steamboat di mana?. Tunggu entry i selepas ni yer.....
Ni gadis cilik yang cukup kain
Motosikal ala ala basikal
We alls bergambar dengan gadis yang sopan....
Motosikal KTM dengan stunt man KTM...
Bergambar dengan jenama KTM. Mamat mat salleh kat belakang tu stunt man yang mukanya terpampang di atas gambar ni...
Minum time 2 beranak
Dania letih sampai pose macam ni kat kerusi di lobby PWTC
Motor pic no 2 tu lawaa "D
BalasPadam@ADEEYA a'ah smart je nampak. warna merah menyala...igt kot suka yg ala ala basikal tu...hehehe
BalasPadam