Tuesday, October 25

Merancang untuk bercuti

Dah dekat akhir tahun ni. Mesti you alls merancang nak bercuti. Tak kisahlah dalam negara mahupun luar negara. Kalau kat tanahair tercinta tak banyak masalah tapi kalau nak bercuti ke luar negara, kena prepare segalanya. Kena buat reserch tentang tempat yang kita nak pergi tu, kedai2 makanan halal, tempat menarik, waktu solat, cuaca. 

Masa me and my family pergi ke Beijing in 2009, cuaca sejuk sangat2 jadinya memang i siap siap bawak bekal maggi, roti dan biskut. Memang cepat lapar sebab cuaca sangat sejuk. Tambahan kat Beijing ni jangan haraplah orang faham Bahasa Inggeris. Kalau adapun sikit je yang faham. Maybe boleh appoint translater atau bawak kamus. Sayangnya translater and kamus i tak bawak and i main ambik pakej melawat Great Wall dengan tour kat sana. Jenuh satu apa pun tak faham bahasa yang dipertuturkan.    

Me and Dania dekat Great Wall of China

Satu satunya masjid yang kami jumpa kebetulan terjumpa gentleman yang tahu berbahasa inggeris. Masjid ni bernama Masjid Niujie. Rupanya masjid yang famous di Beijing. 

Gambar kat bawah pulak masa pergi Perth pada tahun 2006. Pergi 5h 4m. Yang ni kami ambik pakej dari Triways Taman Tun jadinya senanglah. Semuanya dah ada dalam pakej. Pergi balik airport orang berjemput. Lecehnya kalau nak pergi Australia ni, makanan2 yang dibawak, minyak angin semua kena declare. Nasib le i buat alasan makanan2 tu untuk Dania yang masa tu kecik lagi. Pulak tu airport kat Australia ni banyak anjing polis. Sebelum kita keluar flight, satu flight kena sembur asap apa tah. Rasa macam lemas pun ada. Strict sungguh nak masuk Australia ni.

Me, hubby and Dania masa kat King's Park, Perth

Tapi , i suka pergi Perth sebab kalau nak tanya kat orang tempatan sangatlah senang. Makanan halal pun senang sangat nak dapat sebab ada restoran orang malaysia kat sana selain cuaca yang tak sejuk sangat compare dengan Beijing. Nyaman sungguh cuaca kat sana. Sangat2 enjoy la pergi Perth ni. Cuma yang tak bestnyer currency Australian Dollar yang tinggi compare dengan matawang kita. 

Kali ni insyaallah akhir bulan depan kami semua nak keluar negara lagi. Tapi kali ni ke negara jiran sahaja. Pak supir dah arrangekan. Kalau ke Indonesia, matawang kita tinggi jadinya syok la sikit. Cuma yang menjadi khuatir tu pasal gempa bumi dan gunung berapi yang aktif kat tempat yang i nak pergi tu. Rasanya baru meletup tahun lepas. Pasal komunikasi tak jadi masalah sebab orang Indonesia ni faham cakap kita. Makanan pun sangat murah kat tempat yang i nak pergi ni.

 
Taken from here

Tahun 2011, tahun melawat Indonesia. Harap2 semuanya berjalan lancar.....

8 comments:

  1. berapa ye total package p Australia tu?? teringin nak p..

    ReplyDelete
  2. wah best la soping kt indon cz leh pegang duit juta222 rupiah...hehehehe...

    ReplyDelete
  3. @Ainul hi dear...pakej untuk ke perth ni ikut kita nak pegi by group atau persendirian. Lazimnya persendirian lagi mahal berbanding group. Lagi, kalau kita ambik pakej dekat tour operator, dia akan up kan sikit 5% rasanya. Kalau free and easy lagi murah. Air Asia sekarang pun pegi Perth. Dulu masa ambik pakej tu tahun 2006 dalam RM8000++ termasuk tiket kapal terbang MAS, accomodation, transport to and from airport, tour pergi caversham wildlife park, Desert pinnacle, snow boarding. Kalau kita sewa kereta dan pergi tempat2 menarik tu lagi murah. Dulu kami tak tahu so ambik pakej kat malaysia. Mahal....

    ReplyDelete
  4. @mama tisya pening pulak nak pegang duit juta juta tu. Tambahan nak mintak duit baki...haishhh wajib bawak calculator nih...

    ReplyDelete
  5. @AyuArjuna BiGoshh uikss langkawi tu pun best...alehai i memang nak pergi sana pun nak pergi beli corelle.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails